Ramai Tak Tau Sebenarnya Apam Balik Rangup Boleh Buat Sendiri, Dapat Buat Banyak Pulak Tu

Bahan-Bahan:

  •  ½ cawan gula pasir
  •  1 biji telur
  •  1 ½ cawan air
  •  2 cawan tepung gandum
  •  ½ sudu teh soda bikarbonat
  •  1 sudu teh baking powder

Bahan-bahan Tabur :

  •  Gula Pasir
  •  Jagung Krim
  •  Kacang tanah – ditumbuk kasar
  1. Kisar gula dan telur hingga kembang. Masukkan air dan kisar lagi.
  2. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, blend hingga sebati.
  3. Panaskan kuali ‘non stick’ atau sapukan planta sedikit pada acuan apam balik.
  4. Tuang 1 senduk adunan tadi, nipiskan supaya rangup bila masak.
  5. Biarkan seketika, kemudian tabur gula, jagung krim dan kacang dan tutup seketika.Apabila sudah masak, angkat dan lipat dua. Makan semasa panas lebih sedap dan rangup.
(Visited 1,318 times, 1 visits today)