Ramai Tanya Cara Buat Gulai Nangka, Sebab Kuah Yang Dibuat Rasa Ada Kurang, Senang Je, Ikut Step By Step Yer

Resepi gulai nangka yang mudah ni sesuai sangat dibuat semasa makan tengah hari.


Makan dengan nasi panas memang sedap!

Fuhh lapar pulah perut admin. Jom cuba!
BAHAN-BAHAN:
– 500 gram nangka – potong dan rebus terlebih dahulu
– 6 ketul ayam dipotong kecil
– 500gram santan
– Garam secukup rasa
Bahan tumbuk:
– 4 biji bawang merah
– 1 cm kunyit hidup
– 3 biji lada merah
– 3 batang serai
CARA-CARA:
1. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk ke dalam periuk yang telah dipanaskan dan masukkan santan.
2. Kacau sehingga sebati, kemudian masukkan ayam.
3. Masukkan garam secukup rasa
4. Akhirnya masukkan nangka, kacau seketika dan siap!
Selamat mencuba!!Jangan lupa share dengan kawan-kawan ye.
Terima kasih!