Ramai Tidak Percaya, Ini 7 Sebab Naik Motorsikal Suami Isteri Akan Jadikan Keluarga Lebih Bahagia

Orang kata hidup akan lebih bermakna jika suami isteri kerap naik motor. Ini kerana ketika anda bersama isteri anda menaiki motosikal, ada rasa kelainan berbanding dengan anda membawanya di dalam kereta. Jangan anda fikir perlu ada moto besar baru nak bawa isteri jalan-jalan. Motosikal biasa atau kapcai sudah mencukupi dan isteri tetap rasa dihargai.


Sesekali rancang lah percutian anda bersama isteri setelah penat bekerja. Jangan asyik bercuti ke sana-sini atau ke mana-mana saja berkonvoi dengan motosikal tanpa isteri bersama. Sesekali bawa lah buah hati anda itu.

Suami Isteri Kerap Naik Motor Bersama Lebih Bahagia

walau bagaimanapun, tidak semestinya orang yang tidak menyukai berjalan jauh dengan motosikal tidak bahagia kerana ia berkereta. Namun bagi mereka yang menaiki motosikal kebahagian yang dirasai mereka adalah berbeza. Jom kita teruskan membaca satu perkongsian yang dimuat naik di satu hantaran facebook tentang pengalaman bermotosikal bersama pasangan.

1) Abaikan apa orang nak kata. Kalau kamu adalah antara pasangan suami isteri yang pergi bekerja naik motor sama-sama, Saya harap kamu jangan fikir apa sesetengah orang kata. Sebab kamu tahu bahawa kamu bahagia dengan cara itu bukan? Jadi, buat apa nak dengar orang cakap itu ini. Memandang kamu sebagai takde kelas (low class). Abaikan saja.

2) Last longer. Saya sekadar mahu berkongsi dalam ini iaitu pasangan yang naik motor bersama-sama, hubungan mereka akan last longer. Apa yang dimaksudkan dengan last longer? Maksudnya dari pandangan saya ialah perhubungan tersebut lebih bertahan lama, lebih kuat dan lebih kukuh. Dalam erti kata lain bersama selama-lamanya. Tidak mudah berpisah dan lebih bahagia. Hubungan suami isteri juga lebih rapat bak remaja.

Isteri yang sanggup naik motor bukan bermakna dia bukan jenis memilih. Isteri ini jenis yang setia yang sanggup berhujan dan berpanas bersama anda. Bayangkan suami boleh sarungkan helmet untuk isteri. Bergurau atas motor lebih seronok. Kos lebih rendah. Suami isteri jadi lebih bahagia. Saya tahu kamu masih tidak begitu percaya. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui sama ada apa yang saya cakap ini betul atau tidak.

3) Lebih rapat hubungan suami isteri. Bukan setakat rapat badan sahaja tetapi rapat hati mereka. Tak puas peluk di rumah, boleh peluk atas jalan raya. Alangkah bahagianya bila si isteri dekatkan telinga pada dada suami, terdengar getaran jantung si suami. Susah senang kita bersama.

4) Rasa seperti remaja. Kamu masih ingat lagi masa kamu bercinta dengan dia masa muda-muda dulu? Masa belum berkahwin kawin dan masa mula-mula berkahwin. Itulah perasaan teenage love. Kamu akan rasa terawang-awangan, rasa high. Normal bagi pasangan yang sudah berkahwin sudah lama, tidak lagi merasai kemanisan rasa cinta pasangan masing-masing. Kalau kamu naik motor, bukan sahaja dapat mengimbau masa lampau. Kau juga dapat menimbulkan rasa teenage love itu. Rasa romantiknya lain macam. Tak percaya? Cubalah.

Lain macam kan romantiknya. Foto: Iluminasi

5) Isteri yang sanggup naik motor menunjukkan mereka bukan jenis memilih. Kalau dia jenis yang tamakkan harta, sudah lama dia paksa suami berhutang beribu-ribu ringgit untuk membeli sebuah kereta. Untuk tunjuk pada adik-beradik dan saudara-mara lain yang dia juga mampu. Tapi saya percaya, isteri yang masih lagi setia dengan suami walaupun hanya ada motor, dia isteri yang baik. Isteri yang sanggup terima seadanya.

Yang membuatkan saya rasa marah adalah apabila si suami itu sudah berjaya dan banyak harta, janganlah pula tinggalkan isteri yang sanggup bersusah payah dengan kamu dulu. Dia yang sanggup terima kamu pada masa kamu tidak mempunyai apa-apa dulu. Kerana pada pendapat saya, inilah antara kunci pasangan suami isteri bahagia. Isteri ini jenis setia, sanggup berhujan berpanas bersama. Ini memang pengalaman yang sangat ‘rare’ bagi kebanyakkan orang zaman sekarang.

Hujan yang turun tiba-tiba memberi anda rasa kesejukan. Dengan berpakaian baju hujan penuh, si isteri peluk erat suami ketika dalam perjalanan menuju ke rumah. Meremang bulu roma. Suami pula boleh sarungkan helmet untuk isteri. Jarang ada orang yang pakaikan tali pinggang keledar untuk isteri. Bukakan pintu kereta untuk isteri. Menang jarang-jarang berlaku selepas lama berkahwin. Berbanding sebelum kahwin dulu, buka pintu kereta untuk bakal isteri adalah rutin. Tapi bila si suami pakaikan topi keledar untuk isteri, nampak ‘sweet’ tak?

6) Bergurau atas motor lebih seronok tetapi awas kerana ada juga bahaya. Kadang-kadang suami buat lawak atas motor sambil berbual-bual. Tatkala itu, tangan isteri yang macam ketam akan segera mencubit pinggang suami. Maka si suami akan tergocoh-gocoh membetulkan pemanduan motor. Orang kaya, lebih ‘risky’, lebih seronok. Bahaya, jangan bergurau atas motor.

Aku sangat yakin, bila kamu yang bawa kereta, akan nampak perlakuan suami isteri yang bergurau atas motor, kamu akan senyum sendiri. Kamu pula akan rasa mahukan momen seperti itu.

7) Kos lebih rendah. Suami isteri bahagia, hidupnya bukan hanya pada wang ringgit dan harta. Mereka biasanya hidup sederhana atas apa yang ada. Banyak yang boleh jimat. Ada duit lebih, boleh bawa isteri dan anak-anak makan luar sesekali. Bila kos hidup rendah, tidak akan ada rasa tertekan dengan duit yang selalu tak cukup. Keberkatan itu bukan pada duit semata-mata, kan?

Adakah kereta tak penting? Kereta juga penting dan jika berkemampuan, apa salahnya beli kereta. Kerana jika ada anak nanti, mudah untuk bawa anak. Jika isteri mahu bersalin, lebih selamat untuk bawa dia naik kereta. Kalau sudah cukup duit, belilah.

Cuma pastikan, kalau nak rasa bahagia cuba lah. Tapi kena kahwin dulu. Halalkan dulu hubungan, baru dapat rasa apa itu kebahagiaan. Kalau mahu jadi pasangan yang romantik sekalipun, kahwinlah dulu.

Apa komen anda? Mungkin ada dikalangan anda sudah melalui pengalaman naik motor bersama mengharungi susah payah semasa di awal perkahwinan hingga mendapat anak. Anda bahagia walau serba kekurangan.

Layari page kami @suka viral