Ramai Tidak Sedar Tiba-Tiba Ada Darah Tinggi Secara Tiba-Tiba, Ini Simpton Pertama Yang Anda Boleh Kesan

SERAMAI 6.4 juta rakyat Malaysia dewasa kini menghidap penyakit darah tinggi atau hipertensi malah lebih teruk apabila ada tidak mengetahui mereka menghidap penyakit itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, melalui Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 mendapati terdapat 6.4 juta menghidap darah tinggi dengan dianggarkan 3.4 juta individu sudah mengetahui sedangkan bakinya tidak tahu.

Menurutnya, angka ini adalah amat menakutkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jika dibandingkan peratusan penghidap hipertensi dengan tahun sebelumnya, terdapat sedikit pengurangan pada 2019 iaitu 30 peratus berbanding 32.7 peratus pada 2011.

“Namun begitu, peratusan hipertensi di Malaysia adalah lebih tinggi dari purata global, dan antara tertinggi di rantau Asean. Peratusan hipertensi juga meningkat dengan umur.

“Dalam kalangan individu berumur 60-an, lebih dari tiga dalam lima individu menghidap hipertensi namun, tiada perbezaan peratusan didapati di antara lelaki dan wanita,” katanya kepada Harian Metro.

Dr Noor Hisham berkata, dari segi beban penyakit, data KKM menunjukkan bahawa hipertensi adalah satu-satunya faktor risiko terpenting yang menyebabkan kematian di Malaysia bagi lelaki dan wanita (khususnya kematian pra-matang); diikuti dengan faktor risiko merokok untuk lelaki.

“Dengan kata lain, tekanan darah tinggi (hipertensi) dan merokok adalah dua penyebab utama serangan penyakit jantung dan strok, yang sebenarnya boleh dicegah. Penyakit kardiovaskular (serangan penyakit jantung dan strok) adalah penyebab utama kematian bagi rakyat Malaysia.

“Terdapat salah faham bahawa orang yang mengalami hipertensi akan mengalami gejala seperti sakit kepala.

“Kenyataannya, kebanyakan orang tidak merasakan apa-apa (iaitu tiada sebarang gejala) ketika mereka menghidap hipertensi, lebih-lebih lagi pada peringkat awal penyakit. Itulah sebabnya penyakit hipertensi kerap disebut sebagai pembunuh senyap,” katanya.

Artikel Berkaitan   Inilah Doa Selepas Berwudhuk..Amalkan Kerana Ganjarannya Sangat Besar

Beliau berkata, KKM sudah menerbitkan panduan mengenai bagaimana rakyat Malaysia dapat mengawal penyakit hipertensi dan menurunkan tekanan darah mereka, dengan meningkatkan tahap aktiviti fizikal dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat, atau dengan mengambil ubat bagi mengawal darah tinggi seperti disarankan oleh doktor.

“Kajian saintifik dari beberapa negara menunjukkan keberkesanan langkah itu bagi mengurangkan kadar kematian akibat serangan penyakit jantung dan strok dalam kalangan rakyat mereka.

“Sekiranya anda seorang perokok, anda perlu berhenti merokok untuk mengurangkan risiko serangan penyakit jantung dan strok,” katanya.

Katanya, tabiat pemakanan yang baik adalah asas untuk mencegah semua Penyakit Tidak Berjangkit termasuk darah tinggi dengan mengetahui jumlah garam (natrium) yang dimakan setiap hari, terutamanya sumber garam yang tersembunyi.

“Kajian oleh KKM menunjukkan bahawa garam ‘tersembunyi’ menyumbang sebahagian besar garam yang kita makan, dan kenyataannya hanya sedikit yang berasal dari garam yang kita tambahkan semasa memasak atau ditambah di meja makan.

“Satu perkara penting yang boleh dilakukan oleh semua rakyat Malaysia ialah memeriksa tekanan darah anda secara tetap dan berkala, kerana itulah satu-satunya cara untuk mengetahui tahap tekanan darah anda.

“Kita perlu memahami hakikat bahawa hipertensi boleh dicegah dan dirawat dengan berkesan, jika kita semua mengambil berat terhadap kesihatan diri dan keluarga,” katanya

kredit harian metro