Ramai Wanita Cemburu Lisa Surihani Terima Lebih Sedozen Tudung Dari DuckScarf

Keputusan Lisa Surihani untuk tampil berhijab selepas pulang dari menunaikan umrah menerima reaksi positif. Lebih bertuah apabila Pengasas The Duck Group, Datin Vivy Yusof menghadiahkan lebih sedozen tudung buat pelakon itu.

Menerusi Instastory, Lisa meluahkan rasa syukur selain berterima kasih terhadap pemberian yang diberikan daripada usahawan terkenal itu. Dalam video berkenaan, Lisa sempat menunjukkan beberapa kotak tudung daripada Duck.

Melihatkan pula akaun Instagram Vivy, beliau juga turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Lisa. Jelas Vivy, beliau berasa sangat bangga dengan Lisa dan segala kebaikan yang dilakukannya tapi tidak diberitahu umum.

Memang beruntung Lisa menerima sebegitu banyak koleksi tudung daripada jenama idaman setiap wanita, Duck. Pasti ramai wanita cemburukan hadiah istimewa yang diberikan Vivy kepada sahabatnya ini.

Artikel Berkaitan   Inilah Tanda-Tanda Malaikat Memberitahu Ajal Kita Akan Tiba