Ramai Yang Kritik Buka Kedai Gunting Rambut. Ini Respond Dari Wakil Persatuan Jurugaya Rambut

Lebih seribu kedai gunting rambut di Kuala Lumpur dan Selangor membuat keputusan untuk tidak beroperasi sehingga 30 April ini meskipun dibenarkan berbuat demikian.

Ini kerana risikonya terlalu besar bukan saja kepada pelanggan malah kepada pekerja kedai gunting rambut.

Timbalan Presiden Persatuan Jurugaya Rambut India Wilayah Persekutuan dan Selangor, Akillan Anandakrishnan berkata mereka tidak mahu mengambil risiko kesihatan meskipun berdepan tekanan ekonomi.

 

Keputusan untuk tidak beroperasi meskipun dibenarkan dibuat atas faktor risiko kesihatan.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April ini, kami semua telah mengambil keputusan untuk tidak beroperasi sehingga 30 April ini.

“Kebanyakan ahli persatuan kami bimbang dengan risiko jangkitan dan kesihatan yang akan dihadapi sekiranya beroperasi,” katanya kepada Astro AWANI.

Jika ahli-ahli dibawah persatuannya mahu beroperasi mereka perlu mematuhi garis panduan ditetapkan seperti mempunyai alat pengimbas suhu badan, proses sanitasi serta menjarakkan kerusi antara pelanggan.

Mengulas lanjut Akillan berkata walaupun kehilangan sumber pendapatan buat seketika kerana tidak beroperasi namun keputusan itu mampu menyelamatkan nyawa.

Kerajaan pada Jumaat mengumumkan beberapa sektor ekonomi termasuk kedai gunting rambut dan dobi dibenarkan beroperasi bermula 13 April ini.

KKM saran kerajaan tangguh sementara operasi kedai gunting rambut

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan kerajaan menangguhkan sementara operasi kedai gunting rambut yang dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Tiga.

Jelasnya, kerajaan boleh melakukan perancangan membuka semula premis itu, namun pelaksanaannya tidak boleh dilakukan semasa tempoh perintah berkenaan.

“Saya pasti ramai rakyat yang terkesan dengan PKP 1 dan 2. Kita sedang berjuang memerangi COVID-19 ini, namun kita masih belum menang. Apa yang penting ialah tindakan. Kita sudah dapat tanda-tanda kejayaan.

Artikel Berkaitan   Wajib Baca...Taubat Kita Tidak Akan Diterima Sehingga hari Kiamat Jika Melakukan Ini Kepada Ibu Kita....ASTAGHFIRULLAH!

“Antara tindakan kita yang berjaya menurunkan kes ialah kawalan sempadan, kawalan terhadap perhimpunan dan amalan penjarakan sosial,” katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.

Pada masa sama katanya, PKP fasa tiga perlu diperketatkan sama seperti yang dilakukan pada fasa pertama dan kedua.

“Semua tindakan kita perlu diperketatkan untuk PKP fasa tiga dan dari segi perancangan untuk membuka atau had pergerakan, KKM syor agar kita kekalkan apa yang dilakukan semasa PKP fasa satu dan dua. Mungkin perancangan boleh dilaksanakn, tetapi tangguhkan sementara,” tambah beliau.

Bagaimanapun katanya, perancangan membuka perkhidmatan gunting rambut boleh dibuat selepas PKP fasa tiga, namun ia bergantung kepada pencapaian negara dalam mengurangkan kes COVID-19.

“Kita kena lihat kalau selepas fasa ketiga apakah tindakan kita. Jadi perancangan bermula dari sekarang mungkin kita boleh laksanakan selepas fasa tiga. Namun yang penting kita kena pantau data seharian dan melihat sama ada kita capai tak unjuran untuk mengurangkan kes COVID-19 di negara kita,” ujarnya.

kredit ceritaa