Ramai Yang Mengabaikan Buah Pinggan, Kesannya Waktu Muda Sudah Rosak Organ Ini, Amalkan 9 Cara Jaganya

Buah pinggang adalah organ penapis darah kita. Selepas makanan dicerna dan diproses untuk kegunaan badan, akan terhasil bahan kumuh yang perlu dikeluarkan. Bahan kumuh yang tidak diperlukan seperti urea akan dibuang melalui buah pinggang.

Penjagaan buah pinggang seringkali dianggap perkara remeh apabila kita tidak menyedari kepentingan menjaganya. Buah pinggang adalah antara organ yang paling penting dalam badan kerana ia menapis kekotoran seperti toksin.

Toksin sangat bahaya sehingga dapat memudaratkan kesihatan. Apabila toksin keluar melalui perkumuhan, seseorang dapat menjalani kehidupan dengan sihat untuk jangka masa yang panjang. Dek kerana pentingnya kita menjaga kesihatan buah pinggang, jom lihat cara penjagaan buah pinggang yang wajib anda ketahui!

1. Minum Air Kosong Dengan Banyak

Tubuh kita memerlukan air dalam badan kira-kira 50 hingga 65 peratus sehari. Dengan minum air kosong yang mencukupi, ia boleh membantu kita untuk lebih fokus dan membuatkan otak lebih segar.

Air kosong dapat meningkatkan tenaga, mengurangkan kadar pengambilan makanan berlebihan, buang toksin, kulit lebih segar, penghadaman baik, dan tingkatkan sistem imunisasi.

Anda tidak perlu membazir banyak duit untuk penjagaan buah pinggang kerana air amat menjimatkan. Gunakan air panas atau suam untuk diminum selalu. Mudah bukan?

2. Kurangkan Makanan Tinggi Gula Dan Garam

Menurut Kementerian Kesihatan Turki, penggunaan gula dan garam perlu dikurangkan, ini kerana jika diambil berlebihan ia boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan individu. Garam boleh tersembunyi di dalam kicap, sos, sos tiram, kiub perasa, mi segera, mi kuning.

Pengambilan gula dan garam yang berlebihan boleh mengubah badan menjadi tidak sihat kerana amalan pemakanannya. Sebenarnya badan tidak mempunyai keperluan kepada gula. Kerana makanan yang mempunyai karbohidrat juga mengandungi gula.

Gula yang digunakan akan lebih mudah diserap masuk ke dalam saluran darah yang menyebabkan risiko mendapat diabetis lebih tinggi. Gigi akan mula merapuh lebih mudah, mendapat tekanan darah tinggi, kolesterol yang berlebihan dan menyebabkan penyakit kanser. Oleh itu, salah satu cara penjagaan buah pinggang adalah kurangkan pengambilan gula dan garam.

3. Banyakkan Minum Jus Epal

Buah epal sebenarnya mempunyai banyak khasiat dan kebaikan. Biarpun ia bukanlah buah tempatan dan lebih mahal sedikit berbanding buah-buahan di Malaysia, tetapi ia dapat membantu anda dalam penjagaan buah pinggang untuk lebih baik.

Buah epal kaya dengan serat dan membantu proses penghadaman berjalan dengan lancar. Serat penting untuk semua jenis gizi makanan dan selain itu ia dapat mengelakkan daripada masalah sembelit sewaktu membuang air besar.

Vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita antaranya ialah,  vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks. Ia juga mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.

4. Kurangkan Makan Makanan Protein

Protein adalah nutrisi terpenting bagi tubuh yang berguna sebagai sumber energi, bekerja sebagai neurotransmiter dan pembawa oksigen dalam darah (hemoglobin).

Jenis protein yang elok adalah ayam, ikan dan telur. Jika mengambil makanan yang berprotein secara berlebihan contohnya makan 10 daging steak sekali gus, akan membebankan buah pinggang.

Cara penjagaan buah pinggang yang baik juga adalah anda harus kurangkan protein dalam pengambilan makanan. Kesan mengambil protein berlebihan adalah berat badan akan meningkat, merosakkan hati dan otak, meningkatkan kolestrol, kerosakan ginjal dan risiko kanser yang tinggi. Oleh itu, kita hendaklah mengawal pemakanan protein ini dengan lebih baik.

5. Elakkan Merokok

Bahan-bahan kimia yang berada dalam rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita.  Merokok ini mendatangkan pelbagai penyakit seperti barah otak, barah paru-paru, sesak nafas dan sebagainya. Elakkan merokok juga merupakan cara terbaik penjagaan buah pinggang anda.

Perkara ini telah terbukti melalui kajian saintifik oleh pakar bahawa perokok yang mengalami masalah ini, hanya menunggu maut sahaja. Merokok juga memerlukan perbelanjaan yang besar akibat kenaikan harga.

Asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi mencemarkan udara di sekeliling dan meninggalkan kesan negatif kepada individu yang menghidu bau rokok. Ini akan menjadikan orang sekeliling yang tidak merokok akan menjadi tidak selesa apabila terhidu bau asap rokok.

6. Melakukan Olah Raga

Selain mengawal makan, anda juga perlu selalu bersenam untuk mengelakkan obesiti yang boleh menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit. Ini adalah kunci kepada pencegahan pelbagai penyakit! Begitu juga untuk menjaga buah pinggang anda.

Senaman ialah suatu pergerakan badan yang dilakukan dengan berulang-kali secara terancang dan berstruktur untuk meningkatkan dan mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal.

Senaman ini  juga melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang paling banyak. Senaman ini memberi pelbagai kelebihan untuk kesihatan pada badan kita. Kita disarankan melakukan 30 minit exercise setiap hari.

7. Minuman Detox

Home made healthy vitamin-fortified water

Detox adalah satu cara pembersihan dalam tubuh badan. Selain itu, detox juga membantu anda melincinkan kulit dan membakar lemak pada tubuh badan. Air detox ini boleh dibuat sendiri dan tidak memerlukan kos yang mahal.

Boleh gunakan apa-apa kombinasi buah-buahan citrus untuk membuat detox seperti lemon, limau nipis, oren, limau kasturi, nenas, epal merah dan hijau, tembikai, pear, dan timun. Selain itu juga, boleh ditambah dengan daun pudina, halia, rasberi dan sebagainya.

Waktu terbaik untuk minum detox ini adalah ketika perut kosong dan pada waktu pagi selepas bangun dari tidur. Ia juga adalah cara penjagaan buah pinggang yang baik dan berkesan kerana semua toksin akan dihapuskan.

  1. Berhati-hati Dengan Suplemen

Walaupun suplemen kian tumbuh bak cendawan dan menjadikan pilihan terlalu banyak untuk pengguna, persoalannya, adakah semua suplemen itu selamat atau memudaratkan?

Vitamin tambahan memberi manfaat. Dengan pengambilan yang tidak dikawal juga boleh memberi kesan negatif pada buah pinggang. Lebih baik, anda mendapatkan nasihat doktor mengenai dos suplemen yang disarankan. Mencampur-aduk suplemen juga boleh beri kesan sampingan kepada buah pinggang.

Menurut Dr. M Singaraveloo, sesetengah suplemen berfungsi untuk mengimbangi diet yang tidak mencukupi, meningkatkan imuniti dan juga meningkatkan kecergasan tubuh badan.

Selain itu, suplemen juga boleh membantu meningkatkan stamina dan melindungi sistem badan dari jangkitan penyakit. Oleh itu, berhati-hatilah dalam memilih suplemen agar tidak dapat merosakkan buah pinggang anda.

9. Sering Memeriksa Tekanan Darah

Melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap adalah perkara yang harus dilakukan oleh setiap orang. Memiliki tekanan darah normal menandakan bahawa jantung anda mampu menguruskan darah yang berisi oksigen dan makanan ke semua organ tubuh dengan baik.

Buah pinggang yang tidak sihat juga boleh dicegah dengan selalu membuat rawatan tekanan darah. Sekiranya tekanan darah anda tinggi, ia akan memberi kesan kepada buah pinggang. Penjagaan buah pinggang yang bijak bergantung kepada cara penjagaan kesihatan yang tepat.

Itulah dia 9 cara penjagaan buah pinggang yang mudah dan berkesan harus anda tahu. Anda juga perlulah memantau kesihatan tubuh badan anda secara keseluruhan untuk mengelakkan sebarang penyakit.