Ramai Yang Selalu Buang Resit Lepas Keluarkan Duit, Ini Pesanan Polis Supaya Anda Tidak Menjadi Mangsa Seterusnya

Ramai antara kita yang menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dalam urusan seharian. Disebabkan itu, ada pengguna yang tidak bertanggungjawab membuang slip bank merata-rata, khususnya disekitar mesin ATM.

Meskipun tong sampah sudah tersedia, ramai juga yang tidak membuang slip kertas itu kedalam tong sampah, menyebabkan ia berselerakan dan mencacatkan permandangan.

Namun, sedar tak sedar tindakan membuang slip bank merata-rata ini sebenarnya boleh mengundang jenayah seperti ragut, rompakan dan jenayah siber?

Dipetik daripada laman rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes jenayah seperti yang disenaraikan boleh terjadi akibat daripada kecuaian pengguna yang membuang slip bank merata-rata.

Sebaiknya, koyakkan slip bank itu menjadi cebisan kecil sebelum membuang kedalam tong sampah. Lebih mudah jika anda tidak mencetak slip bank dan lihat sahaja paparan pada skrin yang tertera.

Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Artikel Berkaitan   Tular Surat Kanak-Kanak Ini Berkaitan Beliau Sudah Bersunat, Mufti Wilayah Kagum Puji Sikap Anak Kecil Ini