Rambut Terlalu Besar Sampai Halang Pandangan Rakan Dari Belakang, Pelajar Ini Dihalau Dari Sekolah

Seorang pelajar dari Sekolah Urswick di Hackney, London dilaporkan telah diusir keluar dari kelas hanya kerana mempunyai rambut afro dan kerinting.

Pihak sekolah sebelum ini memaklumkan gaya rambut Ruby Williams, 14, telah melanggar polisi pemakaian uniform sekolah disamping menghalang pandangan pelajar lain untuk melihat papan tulis dihadapan.

Disebabkan itu, pelajar ini telah diarahkan keluar daripada kelasnya.

Ibu dan bapa Ruby nyata terkilan dengan tindakan pihak sekolah telah membuat laporan dan tuntutan saman, seperti yang dilaporkan portal Independent.

“Alasan yang diberikan oleh pihak sekolah hanya sebab rambut saya menghalang seseorang daripada melihat papan putih dan guru yang mengajar di hadapan.

“Diskriminasi ini tidak boleh berlaku kepada kanak-kanak berambut afro yang orang tidak akan faham perasaan mereka mempunyai rambut begini. Rambut itu adalah keturunan mereka dan sebahagian daripada identiti dan warisan mereka.

“Tidak masuk akal apabila seseorang menghadapi masalah dengan keadaan rambut begitu. Bukan mereka meletakkan sesuatu supaya menjadikannya besar kerana lumrah rambut akan tumbuh dengan keadaan begitu,” katanya.

Insiden ini telah menjadi bualan ramai di Instagram, termasuk ada yang melancarkan kempen hentikan sekolah atas tindakan diskriminasi kanak-kanak kulit hitam.

Ibu bapa Ruby juga telah berjaya menang tuntutan saman dan pampasan sebanyak £8,500 (RM45,386) daripada pihak sekolah.

Sumber: Independent

Artikel Berkaitan   Sharifah Sakinah Menolak Untuk Kembali Ke Pangkuan Bekas Suami, Aliff Adha Selepas Bercerai