Rapper berbaju kurung dapat perhatian media antarabangsa, tetap jaga imej bertudung sopan

Kalau selalu kita kenali penyanyi rap dengan penampilan yang agak kasar ala-ala samseng, namun seorang gadis berusia 19 tahun, dikenali sebagai Bunga telah berjaya mengubah stigma tentang penyanyi rap.

Populariti Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, mula mencanak naik selepas tular videonya dalam program 16 Baris bersama Joe Flizzow.

Bunga ditemu bual media New York Times
Siapa sangka, nama rapper bertudung ini bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah baru-baru ini gadis berasal daripada Perak ini telah ditemu ramah oleh media antarabangsa, New York Times.

Rap bagi Bunga bukan genre kasar
Ketika ditemu bual, Bunga yang dikenali dengan imej berbaju kurung dan bertudung sopan ketika membuat persembahan, menganggap bahawa genre rap tidak semestinya perlu menjadi kasar.

Dikritik merosakkan imej wanita bertudung
Tambah Bunga lagi, pernah menerima kritikan bahawa dia telah merosakan imej wanita bertudung, apabila menari dan melompat dalam busana baju kurung dan bertudung.

” Saya tidak boleh melompat begitu banyak ketika memakai baju kurung. Saya telah dikritik kerana telah menjatuhkan imej wanita yang memakai tudung…”

Di akhir bicara, Bunga memasang impian untuk menghasilkan lebih banyak lagu yang memberi inspirasi dan mahu mengembangkan karier sebagai penyanyi rap ke seluruh dunia.

Artikel Berkaitan   “Tok kadi pun malas tanya byk soalan” – Netizen Terpegun Tengok Akad Nikah Jarak Jauh Sebab Kena Social Distancing