Rasa Lembut Dalam, Rangup Kat Luar, Cara Buat Keropok Lekor Di Rumah, Senang Je Rupanya!

Keropok lekor sangat terkenal di Pantai Timur semenanjung iaitu Pahang, Terengganu dan kelantan. Kali pertama Min tengok keropok lekor, langsung tak rasa nak makan. Keropok apa macam tu kan. Dalam kepala Min, bila sebut keropok ianya dalam bentuk keping-keping. Tetapi selepas lihat kawan Min makan berketul-ketul, Min pun cuba. Wah! Sedap rupanya keropok lekor.


Lepas tu, setiap hujung minggu, jika keluar ke bandar, keropok lekor tidak akan lepas dan menjadi terapi mulut yang wajib. Ini cerita dulu, Masa Min budak-budak lagi. Maklumlah kita orang utara masa tu tak pernah tengok keropok lekor. Sekarang dah banyak di utara sana.

Keropok Lekor sangat enak dimakan bersama sos manis

Asyik makan beli je, tak terfikir ke bagaimana cara buat keropok lekor? Jadi Min terjumpa lah resepi mudah ni dalam facebook. Jadi Min cuba sebarkan dan olah cara Min. Jangan buang masa jom kita tengok cara buat keropok lekor yang mudah.

Cara Buat Keropok Lekor

Bahan-Bahan

ikan selayang atau sardin

  1. Ikan selayang atau ikan sardin. Buatlah ikan apapun kalau nak makan sendiri.
  2. 2 cawan tepung sagu. Kalau nak guna tepung ubi pun boleh.
  3. Sedikit garam
  4. Sedikit Air Batu (Ais Kiub)

Cara Penyediaan

Ikan hendaklah disiang dan dicuci sehingga bersih. Asingkan tulang dan isinya supaya bila nak makan nanti tidak ada lagi masalah lekat tulang dan sebagainya.

Cara Membuat

Masukkan isi ikan ke dalam mesin pengisar. Masukkan juga beberapa ketul air batu dan sedikit garam. Kisar sehingga lumat.

Isi ikan yang telah dikisar tadi digaul bersama tepung sagu. Kemudian uli sehingga menjadi doh.

Tabur sedikit tepung kemudian gentel memanjang. Terpulang kepada anda samada mahu panjang atau pendek.

Apabila siap digentel, masukkan ke dalam air yang sedang mendidih. Apabila keropok lekor sudah timbul, bolehlah diangkat.

Siap untuk di makan bersama sos.

Nota: Anda boleh terus makan atau pun digoreng. Bagi Min lebih suka digoreng. Keropok lekor goreng lebih sedap kerana ada rasa rangup dan kenyal-kenyal. Kalau boleh jangan ada tulang nanti spoil.

Selamat mencuba. Sampai bila kita nak membeli. Kali ni biar pula orang beli produk kita. Boleh lah jual sambil makan.

Apa komen anda tentang cara buat keropok lekor ini? Lepas baca, sila LIKE dan SHARE ye. Mana tahu resepi ini boleh buat berniaga. Layari page kami di Suka Viral. Terima kasih.