“Rasa Sedih Bila Tengok Peniaga-Peniaga Kecil Ini Menjadi Mangsa.. Setakat Ini, Kita Tidak Dengar Lagi Tauke Judi Haram Kena Tangkap”

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Pendakwah Wan Ji Wan Hussin kesal dengan serbuan besar-besaran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Sungai Buloh.

Wan Ji, 38, berkata tindakan ‘pukul rata’ penguatkuasa MBSA memangsakan peniaga kecil dan sederhana (PKS).

“Siang tadi [semalam], pergi pos buku. Melintas dekat situ dan tengok tempat tersebut.

“Rasa sedih bila tengok peniaga-peniaga kecil ini menjadi mangsa. Macam mana mereka hendak dapat duit. macam mana mereka hendak makan nanti?

“Ada barang sudah disita dan dipecahkan. Semua itu melibatkan kos dan duit. Mereka hendak dapat duit berniaga pun tidak banyak, tiba-tiba barangan mereka pula dirosakkan.

“Setakat ini, kita tidak dengar lagi tauke judi haram kena tangkap. Yang kita dengar, peniaga kecil hampir 100 orang jadi mangsa,” katanya.

Beliau mengulas serbuan besar-besaran penguatkuasa MBSA di Sungai Buloh selepas rakan sejawat mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beberapa penguatkuasa MBSA dihadapkan di mahkamah selepas didakwa melindungi peniaga dan pusat judi haram.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Noor Nabila Failkan Hadanah Kepada Mahkamah Untuk Anaknya Jebat Jaydin