Rasa Terkejut Menggigil Pun Ada Sebab Pertama Kali Berdepan Dengan Situasi Begini

Zaman teknologi ini memang mudah untuk kita mendapatkan bukti sekiranya ada apa-apa yang berlaku diluar kawalan kita. Seperti pengkosian warga FB ini dimana beliau telah merakam video perbuatan tak senonoh seorang lelaki.

“Saya yang alami dan saya yang berada di situ, masakan saya buat-buat cerita,” demikan kata seorang wanita yang mempertahankan tindakannya memviralkan gambar seorang penunggang motosikal yang didakwa melakukan gangguan seksual.

Menceritakan kembali kejadian yang berlaku pada pagi Jumaat lalu, wanita berusia 23 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Nora itu berkata ketika kejadian, dia sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di AEON Bandaraya Melaka.

“Saya memandu kereta untuk ke tempat kerja pagi itu dan ia adalah jalan yang saya biasa lalu. Tiba di persimpangan lampu isyarat, saya perasan melalui cermin sisi ada seorang penunggang motosikal memperlahankan motornya.

“Saya berada di lorong paling kanan, tapi dia menyelit juga di bahagian kanan kereta. Pelik juga, motor biasanya lalu tengah.

“Tiba-tiba dia berhenti tepi kereta. Mulanya saya tak perasan kerana ralit main telefon bimbit, tapi ketika saya tertoleh, dia menunjukkan ‘sesuatu’ sambil melakukan tindakan tak senonoh,” ceritanya kepada mStar.

Terlalu gugup dan terkejut, Nora berkata dia terus memalingkan semula muka ke hadapan sehingga penunggang itu bergerak ke kereta hadapan.

SAYA BERANI KERANA SAYA BERCAKAP BENAR. SAYA HARAP PEMANDU DI KERETA HADAPAN SAYA JUGA TAMPIL UNTUK MENCERITAKAN PERKARA YANG BERLAKU – NORA

“Pada ketika itu saya rasa terkejut, menggigil pun ada sebab pertama kali berdepan dengan situasi seperti ini. Saya tidak sempat rekod video, tetapi hanya sempat tangkap gambar dari belakang.

“Lama juga dia berada di kereta hadapan saya melakukan aksi tak senonoh itu sehinggalah lampu isyarat bertukar hijau. Kesian dekat pemandu kereta tu… mesti trauma,” katanya lagi.

Posting yang dikongsinya di Facebook Geng Viral Melaka mendapat reaksi pelbagai daripada netizen. Ada antaranya berkongsi pernah berdepan dengan situasi yang sama di sekitar bandaraya berkenaan.

Antara komen netizen di posting Nora.

Bagaimanapun, ada juga mengecam tindakan Nora kononnya mereka cerita.

“Saya berani kerana saya bercakap benar. Saya harap pemandu di kereta hadapan saya juga tampil untuk menceritakan perkara yang berlaku.

“Selepas kejadian ini, saya harap wanita di luar sana ambil lebih langkah berjaga-jaga. Kalau boleh tinted cermin kereta agar tidak mudah menjadi sasaran orang seperti ini,” katanya lagi.

Bagaimanapun Nora membuat keputusan untuk memadam postingnya di Facebook selepas membuat laporan polis berkenaan perkara itu.

Semoga kebenaran dapat terbongkar dan si pelaku dapat dikenalpasti.