Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dari Taiwan meninggal dunia kerana menghidap penyakit kanser perut selepas menjadikan mi segera sebagai makanan hariannya. Menurut laporan, remaja berkenaan mula mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat itu sejak dari sekolah menengah lagi.
Selepas tamat dari sekolah menengah dan berjaya masuk ke universiti, dia mula menyedari sesuatu. Dia mula menunjukkan tanda-tanda seperti perut kembung, rasa loya dan sakit perut yang membuatkan keluarganya berasa risau dan bimbang akan keadaannya kerana tidak bertambah baik dari masa ke semasa.
Remaja itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan. Namun ahli keluarganya berasa terkejut apabila doktor mengesahkan dia menghidap kanser perut tahap kritikal. Doktor mengatakan bahawa peluang untuk remaja itu bertahan lama adalah amat tipis kerana sel-sel kanser telah merebak ke organ-organ yang lain. Selepas bertarung dengan penyakit kanser selama kira-kira setahun lebih, remaja itu akhirnya meninggal dunia.
Pakar Onkologi, Dr Gan, menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan pengambilan makanan seperti sosej, daging bakar, jeruk dan mi segera kerana makanan-makanan ini dikaitkan dengan penyebab kanser.
Doktor pakar, Dr Lau berkata bahawa pesakit kanser perut biasanya akan menunjukkan tanda-tanda yang sangat sedikit pada peringkat awal dan keadaan mereka sering salah didiagnosis sebagai gastritis. Ini adalah sebab mengapa 80 peratus pesakit kanser perut sudah berada di peringkat kritikal selepas mereka menjalani pemeriksaan.
Menurut myhealth, antara gejala-gejala kanser perut adalah seperti berikut:
Ketidakhadaman
Sakit perut
Kepedihan di hulu hati
Loya dan muntah
Kesukaran menelan makanan
Kembung perut terutamanya selepas makan
Najis berwarna hitam
Muntah darah
Kurang selera makan
Kurang berat badan
Keletihan
Bengkak pada bahagian perut
Bengkak pada kalenjar limfa
Jaga pemakanan anda kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada makanan. Elakkan makan makanan yang tidak sihat.
Sumber: World of Buzz, myhealth