Remaja Ini M4ti Akibat Terkena Renjatan Elektrik Semasa Memancing. Polis Kongsikan Bukti Awal Kepada Orang Awam

BACHOK: Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Kelantan akan menyiasat kes remaja maut terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sawah padi Kampung Padang Melintang, Tawang, pagi Jumaat.

Sumber TNB memberitahu pihaknya sudah sedia maklum berhubung kejadian yang menyebabkan pelajar, Muhamad Danial Harith Mohamad Satar yang meninggal dunia selepas cuba mengait umpan tiruan miliknya yang tersangkut pada kabel elektrik.

Tambah sumber, bagaimanapun pihaknya sedang menyiasat kejadian itu dan tidak dapat memberikan maklumat terperinci berhubung kes itu.

Dalam kejadian jam 10.50 pagi Jumaat, kegembiraan Muhammad Danial dan dua rakannya mahu memancing berakhir tragedi apabila dia terkena renjatan elektrik.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, mangsa dipercayai cuba mengambil umpan tiruan miliknya bersama dua lagi rakan yang terlekat pada hari Khamis.

“Mangsa cuba menggunakan galah buluh yang basah lalu terkena talian elektrik dan berlaku aliran karan menyebabkan renjatan elektrik pada mangsa.

Artikel Berkaitan   Wanita Dihadapkan Ke Mahkamah Gara-Gara Tak Benarkan Kucing Tidur Bersamanya Atas Katil