Remaja Terlibat Kemalangan M4ti Di Tempat Kejadian, Lebih Menyedihkan Dia Sedang Bawa Air Ketum Untuk Dijual

Sebuah kereta Proton Waja yang membawa muatan daun ketum terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan ikan di Jalan simpang 4 Yap Boon Yang pagi tadi.

Kejadian jam 5.50 pagi itu menyebabkan seorang remaja 16 tahun yang merupakan penumpang kereta tersebut meninggal dunia manakala pemandu yang berumur 33 tahun patah di bahagian kaki dan dirawat di Hospital Tanah Merah.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, identiti kedua-dua mangsa itu masih disiasat.

Sementara itu, katanya, pemandu lori yang berusia 37 tahun dan kelindan yang berumur 21 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan polis mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila Proton Waja yang membawa muatan daun ketum keluar simpang sebelah kanan berlanggar dengan lori jenis Isuzu dari arah Jalan Padang Siam menghala ke Jalan Wan Ahmad menyebabkan lori terbalik ke kiri jalan.

“Akibat pelanggaran itu, penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, daun ketum pula dirampas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk siasatan lanjut.

“Kenderaan yang terlibat ditahan untuk pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan   Selalu Rasa Malas Nak Beribadah? Cuba Semak 2 Punca Ini Yang Mungkin Menjadi Penyebabnya..