Renjis pengantin guna hand sanitizer, Ini alasan abang juruvideo

CECAIR pembasmi kuman atau hand sanitizer kini menjadi rebutan sehingga sold out di kebanyakan tempat, berikutan penularan wabak Covi1d-19.

Sehinggakan air mawar yang sepatutnya direnjis kepada pasangan pengantin di pelamin pun digantikan dengan hand santizer seperti yang dapat dilihat dalam satu klip video yang tular.

“Musim penyak1it berjangk1it ni, eloklah air renjis mawar diganti dengan sanitizer, ” tulis seorang pengguna Twitter bersama video yang diulang kicau lebih 25,000 kali.

Pemuda berkenaan, Zulhelmey Isnin berkata, rakaman dibuat pada majlis perkahwinan rakannya di Bentong, Pahang pada Sabtu.

Adat merenjis air sebagai tanda merestui ikatan perkahwinan pasangan. Foto instagram @photo.art_studio

Lebih mesra dengan panggilan Amy, dia menjelaskan bahawa acara renjisan air mawar dilakukan mengikut adat sebagai merestui ikatan perkahwinan pasangan.

“Saya sebenarnya juruvideo untuk majlis persandingan rakan saya, dan rakaman saya merenjis pengantin menggunakan hand saniti1zer dibuat selepas makan beradab.

“Sebenarnya rakaman tu untuk saya sahaja… tuan rumah masih mengamalkan air mawar sebagai renjisan buat pengantin di pelamin,” katanya kepada mStar.

Menyedari videonya menerima pelbagai reaksi, Amy berkata, orang ramai boleh mencubanya demi kebaikan dalam situasi Covid-19 yang melanda dunia ketika ini.

“Kalau ia bagus, terpulang kepada mereka nak ikut. Sekarang ni pun banyak majlis perkahwinan termasuk majlis rakan saya telah sediakan hand sanitizer untuk tetamu.

Video tu bukan sekadar suka-suka, saya cuba sampaikan pesanan kepada masyarakat. Saya tidak perlu bersalam dengan pengantin, tapi buat aksi Wakanda seperti dalam filem Black Panther sebagai tanda hormat.

Bagi saya, menggantikan air mawar dengan cecair hand sanitizer ketika ini bukanlah melampau bagi mengutamakan kesi1hatan semua pihak.

Artikel Berkaitan   10 Perkara Korang Mungkin Tak Tahu Fasal Mona Allen, Isteri Pekin Ibrahim Yang Cantik Molek

“Malah, saya cadangkan agar sekurang-kurangnya sebotol hand sani1tizer diletakkan di pelamin untuk kemudahan tetamu sebagai langkah penc3gahan bagi Cov1id-19,” ujarnya bagi mengulas tindakannya itu dikatakan melangg4r adat.

Amy (duduk, hadapan) bersama pasangan pengantin dan rakan-rakannya. Foto instagram @photo.art_studio

Sebagai juruvideo, Amy sentiasa memerlukan hand sanitizer ketika bertugas terutama apabila mengambil gambar di pelamin, menggunakan telefon bimbit tetamu.

“Sebab kalau tak sentuh tetamu pun, jangkitan boleh merebak daripada telefon tetamu untuk ambil gambar. Jadi, saya sentiasa bawa hand sanitizer dan simpan dalam beg.

“Ada juruvideo atau jurugambar tak nak tolong… atau mereka tolong pun sebab nak jaga hati tetamu. Tapi dalam keadaan sekarang, harapnya tetamu fahamlah ris1iko tersebut,” katanya.

Selain sentiasa mengamalkan kebersihan seperti mencuci tangan dengan sabun, bapa kepada seorang anak itu turut mengamalkan tanda hormat lain selain berjabat tangan.

“Video tu bukan sekadar suka-suka, saya cuba sampaikan pesanan kepada masyarakat. Saya tidak perlu bersalam dengan pengantin, tapi buat aksi Wakanda seperti dalam filem Black Panther sebagai tanda hormat.

“Tapi sebenarnya saya mengamalkan letak tangan kanan di dada kiri sebagai ganti tanda hormat yang ramai dah buat sekarang. Aksi Wakanda tu saya baru pertama kali buat di majlis kahwin tu,” katanya secara berseloroh.

Bagaimana Hadir Kenduri Kahwin Time Covid-19 Merebak? Pensyarah UKM Saran Ikut Langkah Ini

Seorang pensyarah Mikrobiologi Perubatan, Noraziah M Zin dar Program Sains Biopervbatan Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia menyarankan langkah ini yang boleh kita ikuti.

Menurut pensyarah ini, memandangkan perancangan kenduri mungkin sudah dilakukan oleh tuan rumah lebih setahun dulu, sudah semestinya kita tidak tahu bahawa w4bak Cov1id-19 boleh menjejaskan situasi kerana ramai yang tidak mempunyai ilmu tentang wabak COVI1D19 ini. Untuk sebuah silaturrahim, untuk meraikan majlis, tuan rumah dan bakal pengantin ( sekali seumur hidup), Sy berpandangan, sekiranya kita sihat dan tidak batvk/ s3lsema

Artikel Berkaitan   Pulang Malaysia Berkerusi Roda, Nora Ariffin Cedera Tergelincir Di Gua Hira

Sumber : MusangViral