Resdung Dapat Dikawal Dengan Segera Hanya Dengan Guna Kayu Manis Sahaja

Seorang wanita bertindak memarahi suaminya kerana terhidu bau yang busuk di dalam rumah. Tapi, suaminya agak pelik kerana dia tidak bau apa-apa pun.

Tapi, bila wanita ini periksa rupanya dia mengalami masalah resdung yang kronik! Sebab itulah hidungnya selalu rasa macam hidu bau busuk seperti bau najis.

Menurut perkongsian wanita yang bernama Deeja Rameli di laman Facebooknya, dia kerap bersin pada waktu pagi dan berasa tidak selesa dengan keadaan hidungnya ditambah pula sering terhidu bau busuk.

Rentetan daripada situasi itu, dia telah berjumpa doktor yang merupakan pakar dalam herba dan telah memberinya petua rawat resdung menggunakan asap kayu manis.

Biasanya, kalau pergi berjumpa doktor untuk rawat resdung, hanya ubat antibiotik sahaja diberikan untuk mematikan kuman.

Tapi, sampai bila nak bergantung pada ubat semata-mata kan? Jadi, doktor tersebut menyarankan petua kayu manis ini.

Caranya: 

  1. Ambil sebatang kayu manis, bakar dan sedut menggunakan hidung. Itu saja!
  2. Apabila anda sedut asap kayu manis ini, hidung akan rasa pedih sedikit tetapi selepas itu anda akan merasakan kelegaan pada sistem pernafasan.

Menurut Deeja, kayu manis bertindak sebagai antiseptik semulajadi yang boleh membunuh kuman. Selain itu, kayu manis juga boleh mengeringkan lendir dan bengkak pada hidung yang mengalami resdung.

Kesan daripada asap kayu manis yang diamalkannya, dia mendapati tidak lagi bersih pada waktu pagi dan hidung rasa bersih dan tidak gatal-gatal lagi.

So, pada anda yang mengalami masalah resdung, cubalah petua ini dan rasai perbezaannya! Selamat mencuba!

Sumber: Facebook