Resepi Ayam Goreng Madu (Sedap Menjilat Jari)

Ayam Goreng Madu

Sudah buntu apa yang hendak masak untuk dijadikan juadah berbuka puasa pada bulan ini? Anak-anak sudah mula muak dengan ayam goreng? Inginkan sedikit kelainan dari hari biasa dan mudah untuk disediakan? Kami disini ada penyelesaian untuk anda. Pada hari ini kami akan kongsikan resepi ayam goreng madu.

Ayam goreng madu ini mudah untuk disediakan dan pastinya dapat memikat selera anak-anak dan juga suami di bulan puasa ini. Bolehlah disediakan untuk juadah berbuka puasa ataupun juadah untuk bersahur.

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Simple Tapi Sedap

Resepi ayam goreng madu ini telah dikongsikan oleh Nurul Akmal Ibrahim dan telah mendapat banyak perkongsian daripada para netizen di Facebook.

Resepi Ayam Goreng Madu

Bahan-Bahannya:

Bahan Dikisar:

  • 1 1/2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang holland
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 2 sudu besar cili kering
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 6-7 ketul ayamAyam Goreng Madu

Cara-Cara Penyediaannya:

  1. Gaulkan bahan blend tadi dengan ayam.
  2. Masukkan gula, garam, madu dan secawan air.
  3. Rebuskan seketika (5 – 10 minit) kemudian tutup api.
  4. Biarkan 2 – 3 jam.
  5. Toskan kuah dan goreng ayam.
  6. Kuah tadi panaskan atas pan dan campurkan 2 sudu besar madu.
  7. Letakkan air tepung jagung untuk likatkan.
  8. Angkat ayam dan panggang seketika di atas pan kemudian celup dalam kuah tadi.
  9. Sambung panggang balik ayam sebentar.
  10. Sedia untuk diangkat dan dihidang.

Ayam Goreng Madu

Resepi-Resepi Lain Yang Menarik:

Selain daripada resepi ini, ada banyak lagi idea resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Sekarang anda tidak perlu lagi khuatir untuk mencuba apa apa jenis resepi. Semuanya terletak di hujung jari anda. Alang – alang anda sudah sampai kesini, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini di media sosial.

Artikel Berkaitan   Wanita Ni Kongsikan Cara Buat Whipping Cream Homemade Guna 5 Bahan. Semudah Abc, Lagi Jimat & Rasanya Pun Sedap!