BAHAN-BAHAN A:
2 paha ayam
10 bawang kecil
5 bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar cili giling
1 batang serai
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar gula melaka
BAHAN-BAHAN B (kuah):
1 cawan santan cair
1 cawan krim masak (cooking cream)
15 ulas bawang merah
2 sudu besar cili giling
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili
3 inci halia
1 batang serai
1 limau nipis
1 sudu besar gula melaka
1 sudu besar udang geragau
4 lembar daun limau purut
1 sudu teh madu
CARA-CARA PENYEDIAAN:
- Kisar bahan- bahan A untuk perapan ayam.
- Perap selama 30 minit.
- Kemudian, panggang atau bakar ayam tersebut.
- Sementara menunggu ayam masak, beralih kepada proses membuat kuah percik.
- Kisar bawang merah, halia, masukkan air limau nipis dan serai bersama sedikit air.
- Masukkan ke dalam periuk atau kuali, masak bersama serbuk kunyit, udang geragau dan cili giling.
- Selepas itu, masukkan santan dan cooking cream serta daun limau purut.
- Setelah dimasak masukkan gula melaka dan madu.
- Kemudian, sedia untuk dinikmati bersama ayam yang telah dipanggang atau dibakar.
Sumber: Cef Datuk Fazley Yaakob, @sukasucrebistro