Resepi Bengkang Roti Mudah Dan Sedap. Rasa Lembut Dan Bau Wangi

Ramai yang minta resepi bengkang roti yang mudah dan sedap ni.

Ok saya share di sini ya

Bahan-bahan:

  • Roti Gardenia 7 keping
  • 1 Cawan Santan *
  • 1 Cawan Susu Segar *
  • 1 Cawan Gula *
  • 1 Cawan Air masak
  • 3 bji Telur (size c)*
  • 1 Cawan Tepung gandum *
  • 1 sudu kecil esen vanila*
  • Secubit garam*
  • Mentega secukupnya untuk sapu sekeliling loyang (kalau saya loyang lapik kertas minyak senang nak keluarkan bengkang nanti)

Cara penyediaan:

  1. Rendam roti yang dah dicarik-carik ke dalam air masak 1 cawan tadi ke dalam mangkuk besar. (Tekan-tekan roti tadi sampai meresap air. Rendam 10 minit sampai kembang.
    2. Blend semua bahan yang bertanda * selamasa 2 minit, kemudian masukkan bahan blender ke dalam mangkuk yang berisi roti tadi dan kacau-kacau rata.
    3. Tuangkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam loyang yang telah disapu mentega.
    4. Bakar dalam oven api atas bawah suhu 180 °c (ikut kesesuaian oven masing) selama 40 hingga 50 minit.

SELAMAT MENCUBA

Kredit: Cik NetiJangan lupa share dengan kawan-kawan ye.
Terima kasih!

(Visited 318 times, 1 visits today)