Resepi Gulai Masak Lemak Ala Kelantan, Makan Untuk Tengahari Ni, Masyallah Sedapnya

  • Ikan (direbus bersama garam dan asam keping)
  •  7 – 8 tangkai cili kering
  •  4 ulas bawang merah
  •  4 hiris lengkuas
  •  1 inci kunyit hidup
  •  1 sudu kecil rempah biji ketumbar
  •  1/2 keping asam keping
  •  Garam dan gula
  •  Santan secukupnya
  •  Timun, kacang panjang atau cili hijau Kelantan (jika suka)
  1. Ikan direbus dengan air, asam keping dan garam seperti gambar di bawah. Kesemua bahan di atas di blend.
  2. Masukkan ke dalam santan dan dimasak dengan api kecil hingga menggelegak. Perlu dikacau selalu.
  3. Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula.
  4. Masak hingga pecah minyak. Jika suka boleh dimasukkan timun yang dihiris, cili hijau Kelantan dan juga kacang panjang yang dipotong.

Kredit : Azie Kitchen