Resepi Istimewa Ayam Masak Kalio, Boleh Try Sendiri Kat Rumah

  • 1 ekor ayam – dipotong kecil dan dibersihkan
  •  2 keping asam keping
  •  Daun limau purut/ daun kunyit
  •  2 biji kentang
  •  1/3 tin susu cair

Bahan kisar:

  •  15 batang lada kering (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  •  3 biji bawang merah
  •  3 biji bawang putih
  •  1 inci halia
  •  1 inci kunyit
  •  2 inci lengkuas
  •  2 batang serai
  •  Garam dan gula secukup rasa
  1. Tumis bahan kisar hingga garing bersama asam keping.
  2. Setelah garing masukkan ayam, daun limau purut, susu cair dan kentang.
  3. Kecilkan api, tutup periuk/kuali dan biarkan mereneh sehingga ayam dan kentang cukup masak.
  4. Setelah masak, masukkan garam dan gula secukup rasa

(Visited 257 times, 1 visits today)