Resepi Istimewa Kari Ikan Tilapia Panggang, Mesti Tak Puas Punya

  • 1 sudu teh minyak bijan
  •  2 cm halia – dicincang
  •  2 ulas bawang putih – dicincang
  •  1/2 cawan lada benggala/capsicum merah – dicincang halus
  •  1/2 cawan daun bawang – dihiris halus
  •  1 sudu kecil serbuk kari
  •  2 sudu besar cili boh
  •  1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  •  4 sudu teh kicap soya
  •  1 sudu besar gula perang
  •  garam secukup rasa
  •  400 ml santan
  •  daun ketumbar- dicincang
  •  4 keping isi ikan tilapia
  •  3 cawan nasi
  •  1 biji limau nipis – dibelah 4
  1. Panaskan minyak dalam frying pan.
  2. Masukkan halia dan bawang putih,tumiskan hingga garing.
  3. Kemudian,masukkan lada benggala serta bawang dan tumiskan lagi.
  4. Masukkan pula serbuk kari, cili boh, dan serbuk jintan putih dan kacau sebati.
  5. Tambahkan kicap soya, gula perang, garam serta santan dan kacau hingga mereneh.
  6. Tutup api,taburkan dengan daun ketumbar dan ketepikan.
  7. Sementara itu,gaulkan kepingan isi ikan tilapia bersama garam serta sedikit minyak dan balutkan dengan aluminium foil.
  8. Letakkan atas pemanggang dengan api yang sederhana dalam 7-8 minit..sehingga isi ikan masak.
  9. Hidangkan ikan tilapia panggang bersama kuah yang telah dimasak tadi serta nasi dan hiasakn sekali hirisan limau nipis.
(Visited 169 times, 1 visits today)