Resepi kali ini sangat mudah. Boleh dijadikan kudapanringan waktu petang mahupun biskut raya. Kali ini ialah perkongsian resepi kuih kasturi, siapa peminat kuih kacang hijau atau dikenali sebagai kuih kasturi ini?
Kuih kasturi diperbuat menggunakan kacang hijau yang direbus lembut bersama gula dan digaul dengan kelapa. Bancuhan tepung salut membuat kuih kasturi rangup di luar selepas digoreng.
Sesiapa yang suka kacang hijau mesti suka kuih kasturi. Kuih kasturi terbaik untuk dijadikan camilan keluarga bahkan dijual juga ramai peminatnya.
Tanpa tunggu mari lihat resepi kuih kasturi yang dikongsikan Yayang Waniey di laman Facebook. selamat mencuba.
Resepi Kuih Kasturi @ Kacang Hijau Sedap
Bahan-bahan :
- Kacang hijau,
- 6-7 sudu makan gula membukit,
- Setengah biji kelapa putih sahaja,
- 1 sudu tepung gandum,
- ½ cawan tepung rangup campuran,
- ½ cawan tepung gandum,
- 1 sudu planta (jangan banyak agak-agak sahaja),
- Garam secukup rasa,
- Air sedikit.
Cara-cara :
- Mula-mula rebus kacang hijau sehingga lembut dan kering air (kacang kira lembut apabila ditekan akan hancur).
- Masukkan gula ke dalam kacang tadi, kacau sampai kering dan berkilat. Gunakan api kecil.
- Masukkan kelapa dan gaulkan sampai sebati. Jika sudah sebati tutup api. Sejukkan sebentar.
- Jika sudah sejuk, taburkan 1 sudu tepung gandum. Jangan banyak nanti keras.
- Gaulkan sebati kemudian bulat-bulatkan dan leper. Supaya mudah 32 gram untuk satu biji.
- Untuk bancuhan tepung celup masukkan tepung rangup campuran, tepung gandum, planta, garam secukup rasa dan air sedikit. Bancuhan tidak pekat dan tidak cair.
- Kemudian panaskan minyak (minyak harus panas). Bila ingin masukkan kuih kacang baru perlahankan api.
- Celup kuih tadi dalam bancuhan tepung.
Nota : Penting kuali kena cuci betul-betul bersih supaya tidak melekat. Kalau kuali bersih kacang akan turun sendiri dalam minyak. Kalau tidak turun curah minyak atas kacang, baru tolak masuk dalam minyak. Pastu alihkan perlahan-perlahan sampai masak.