Resepi Lontong aka Kuah Lodeh Simple & Sedap. Hirup Kuah Sampai Licin!

Menu apa lagi yang famous di hari Raya selain ketupat dan rendang? Bukan apa, sesekali tu jemu juga makan benda yang sama.

Jadi, apa kata cuba buat lontong atau kuah lodeh pulak. Pekena dengan sambal dia sekali, memang layan!

Ini resepi lontong yang mudah dan lazat yang dikongsikan oleh Puan Nor Hazwani Mohd Zain.

RESEPI LONTONG KUAH LODEH YANG SIMPLE & SEDAP
Berikut adalah bahan-bahannya dan cara membuat lontong / kuah lodeh.


Sebelum nak buat kuah lontong / lodeh ni kenalah masak dulu nasi impit sebab ambil masa lama jugak nak masak tu kan.

So, boleh rebus dulu siap-siap sambil sediakan kuah lontong / lodeh ni.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A – UNTUK BLENDER
5 biji bawang besar
6-7 batang serai
Kunyit
Halia
Lengkuas
Segenggam udang kering
Buah keras
resepi lontong

BAHAN B – ANEKA SAYURAN DIPOTONG KECIL
Sengkuang
Carrot
Baby jagung
Tempe
Kacang panjang
Cili
Kobis
Terung
Tauhu


BAHAN C – DIRENDAM
Soo hoon
Fuchuk
BAHAN D – BUBUH AKHIR
Santan
Asam keping
Garam / perasa secukupnya
CARA-CARA
1. BLENDER
Mula-mula kisarkan semua bahan A menggunakan blender.

2. PANASKAN AIR
Kemudian, panaskan air dalam periuk hingga mendidih.

3. MASUKKAN BAHAN BLENDER
Bila dah mendidih, masukkan bahan yang dikisar tadi.

4. MASUKKAN SAYUR
Kemudian masak lagi hingga mendidih. Lepas tu baru masukkan sayur-sayur.

Sayur ni ikut masing-masinglah. Kalau ikutkan resepi asal tak bubuh pun baby jagung dengan bunga kobis. Tapi memandangkan saya peminat sayur, saya bubuh je apa yang ada.

Sayur macam sengkuang, carrot,baby jagung dan tempe boleh masuk awal sikit untuk bagi lembut.

Sayur yang cepat lembut contohnya kacang panjang, cili, kobis, terung dan tauhu tu masukkan kemudian sikit.

5. MASUKKAN SOO HOON & FUCHUK
Seterusnya masukkan soo hoon dan fuchuk yang telah direndam.

6. PERASAKAN
Bila semua bahan dah agak lembut, bolehlah kita perasakan.

Bubuh garam secukup rasa, asam keping dalam 2 keping dan akhir sekali santan.

Kalau nak kuah lambat basi, guna santan kotak. Kacau sebati.

Masukkan perasa secukupnya dan tutup api. Siap!

TAMBAHAN: SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
Rasa tak lengkap pula kalau tak ada sambal tumis ikan bilis kan?

Walaupun mungkin ramai dah tahu buat, saya kongsikan jugalah resepi sambal ikan bilis simple dekat sini.

BAHAN-BAHAN
Cili kering
Belacan
Air asam jawa
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Kunyit
Lengkuas
Serai (diketuk)
Ikan bilis
CARA-CARA
Blender semua bahan kecuali serai dan ikan bilis. Panaskan minyak dan tumis semua bahan sekali dengan serai yang diketuk tu. Bila dah naik bau, masukkan ikan bilis. Siap!

TAK SEMESTINYA DIHIDANG WAKTU RAYA JE
Mudah kan resepi lontong / kuah lodeh ni. Bolehlah cuba nanti. Tak semestinya waktu Hari Raya je. Hidangkan untuk hari-hari biasa pun sedap.

Nak-nak kalau bubuh dengan sambal macam ni. Tak cukup semangkuk!

Selamat mencuba!

(Visited 1,611 times, 1 visits today)