Resepi Ramadan 26 Ikan Siakap Bakar Berempah Wangi Dan Harum, Resepi Terbaik Untuk Try

Siakap Bakar Berempah HarumBahan-bahan :

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)

bahan-bahan dikisar bersama :

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar.Kelar ikan terlebih dahulu Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
  4. Setelah masak, hidangkan. Boleh juga diperahkan sedikit dengan jus limau kasturi/limau nipis jika suka. Memang berbaloi…

Nota: wani bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C dalam 40 minit ..nak kukus pun boleh, orang kata sedap juga.. tapi setiap kali buat memang wani bakar lah. kukus tak pernah lagi

Artikel Berkaitan   “Nak Masak Rendang Ayamlah Hari Ni, Bau Wangi Rasa Pun Sedap Sangat!”