Resepi Ramadan Ke 25 Daging Masak Paprika Ala Thai, Resepi Asal Memang Terbaik

Bahan-bahan

– Daging – dihiris kecil

– 2 ulas bawang putih – dicincang halus

– 1 biji bawang besar – dibelah dua dan dihiris bulat kasar

– 1 biji cili merah – dihiris serong

– 2 helai daun limau purut – disiat-siat

– bunga kobis – dihiris kecil

– 2 biji putik jagung – dihiris serong

– 1/2 biji karot – dihiris serong

– 2 biji kacang panjang – dipotong 1 inci

– 2 sudu makan cili kering kisar

– 2 sudu makan cili sos

– 2 sudu makan tomato sos

-1 sudu makan sos tiram

– garam

– 1 cawan air

 

Cara-cara memasak

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging. Kacau rata hingga daging masak.
  5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).

8.Tutup api dan hidangkan.

Artikel Berkaitan   Cara Bancuh Adunan Lempeng Supaya Hasilnya Gebu Dan Sedap. Sesuai Di Makan Bersahur Ataupun Berbuka.