Resepi Ramadan Ke 28 Cara Buat Daging Budu, Dah Pernah Try, Memang Sedap

DAGING BUDU NOXXA

BAHAN-BAHAN

1kg daging dihiris sederhana tebal
5 – 6 tangkai lada kering *
2 ulas bawang merah besar *
1/2 inci kunyit hidup *
4 hiris lengkuas *
20 tangkai lada burung hijau dan merah
1/2 keret gula melaka
3 keping asam keping
2 botol budu cap ketereh rujuk gambar

Ke semua bahan bertanda * diblend halus

CARA- CARA 

1. Mula – mula sekali, letak ke semua bahan yang telah diblender, lada burung, daging, asam keping, gula melaka dan juga budu.Sebenarnya tak payah tambah air pun tak apa dah.Sebab daging tu keluarkan air, Tapi cuci lah bekas blender dengan air sikit, bazir pulak kan, sikit jerr jangan banyak

2. Kemudian kacau rata sekejap

3. Tekan high pressure selama 35 minit dan tekan button on

4. Pastikan tombol ke pressure

5. Apabila dah bunyi beep, tekan button off dan putar tombol ke pressure untuk lepaskan wap baru boleh buka tudung. Ok dah siap, nampak macam banyak air sebab air daging ni turun. Jadi kita kena didihkan sekejap ya.

6. Tekan stir fry dan tekan button on tunggu sehingga mendidih. Biarkan didih lama sikit ya sebab nak kurangkan air kuah sikit, Sebenarnya kuah kena pekat sikit baru sedap.

7. Ok dah siap didih. Tekan button off. Lagi banyak hari lagi sedap sebab rasa dah masuk dalam daging. Pedas lada pun hilang. Bertambah nasi kalau makan.

Artikel Berkaitan   Cara Buat Lasagna Mudah Guna Biskut Cracker Je Tapi Tetap Sedap