Resepi Ramadan Ke 28 Cara Buat Ikan Masak Cuka Simple Dan Sedap

IKAN MASAK CUKA

Bahan-bahan nya

  • Beberapa ketul isi ikan ( tak kisahlah ikan apa digaulkan garam dan kunyit dan goreng)
  • 1 inci halia dihiris kecil memanjang
  • 7 ulas bawang merah di belah dua
  • 5 ulas bawang putih jugak dibelah dua
  • 1 sudu lada hitam di kisar kasar
  • 1 sudu jintan manis di sangai dan di kisar
  • 1 1/2 sudu cuka
  • sedikit kunyit serbuk, biji sawi,cili padi dibelah
  • minyak,garam dan gula

Cara – cara

  1. Panaskan sedikit minyak tumislah, halia,bawang merah dan putih masukan biji sawi dan bahan kisar dan tumis lah sehingga wangi masukan sedikit kunyit serbuk,cuka dan air secukupnya
  2. Sudah mendidih masukan ikan yg telah digoreng dan cili padi yg di belah jugak garam dan gula sedikit
  3. Masak cuka ni rasa nya mesti ada rasa masam,manis dan masin,jadi kalau buat belum cukup salah satu nya boleh lah tambah apa2 yang kurang ya,kalau tak, tak kick lah masak cuka tu tau!!
  4. Boleh jugak ditambah kacang panjang yg dipatah2kan didalam masak cuka ni
  5. Seeloknya masak cuka ni dibuat dan disimpan semalaman baru best dimakan,menjadikan dia lebih MESRA gitu ..

(Visited 57 times, 1 visits today)