Resepi Ramadan Ke 28 Resepi Istimewa Turun Temurun Kerutuk Daging

KERUTUK DAGING

Bahan-bahan;

  • 1 kg daging potong besar (kalau guna rempah kurma akan dipanggil daging buku besar yang dihidangkan semasa kenduri) atau seekor ayam potong empat
  • 1 biji kelapa ambil santan secukupnya
  • 1/2 biji kelapa dibuat kerisek/ boleh beli yang ready made
  • 1 peket rempah kerutuk/ 3-4 sudu rempah kerutuk-bancuh dengan air panas
  • Rempah 4 sekawan secukupnya-cengkih, lawang, pelaga dan bunga lawang
  • 5-7 biji cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • Seinci lengkuas diketuk ( wani tumbuk )
  • 1 batang serai diketuk ( letak 2 batang )
  • Gula melaka/gula
  • Garam
  • Sedikit air asam jawa

Cara-cara.

  1. Sediakan bahan tumis:

rempah kasar 4 sekawan

2 ulas bawang merah dimayang

2 ulas bawang putih dimayang

sedikit halia dimayang

  1. Bahan lain selebihnya dimesin (bawang, cili kering, halia)
  2. Panaskan minyak. Masukkan no. 1, tumis hingga wangi. Masukkan bahan no.2, kacau hingga naik minyak.
  3. Masukkan rempah kerutuk, tumis hingga naik minyak sambil masukkan serai dan lengkuas ketuk, garam, gula, kerisek dan air asam jawa.
  4. Masukkan daging/ayam dan kacau hingga keluar air daging.
  5. Masukkan santan.
  6. Masakkan sambil dikacau sekali sekala sehingga santan pekat seperti di dalam gambar di atas.

Kalau tak ada rempah kerutuk macam mana? Boleh cuba guna rempah kari daging tapi ditambah dengan ketumbar dan jintan manis yang telah disangai. InsyaAllah boleh

BAHAN TAMBAHAN

Sedikit belacan untuk tumis

Ubi kentang

(Visited 50 times, 1 visits today)