Resepi Ringkas Tapi Sedap Sambal Telur Rebus Manis

  • 4 biji telur gred A – direbus hingga masak.
  •  500 ml jus asam jawa @ asam asam jawa
  •  5 sudu besar minyak masak

BAHAN DIKISAR :

  •  3 biji bawang besar
  •  4 ulas bawang putih
  •  4 biji buah keras
  •  1 inci belacan
  •  2 sudu besar cili boh atau secukupnya
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan telur yang telah direbus dan goreng hingga kuning keemasan.Angkat dan ketepikan.
  3. Dengan baki lebihan minyak,masukkan bahan yang dikisar dan tumiskan hingga garing dan naik wangi.
  4. Kemudian,masukkan air asam jawa dan kacau sebati hingga naik minyak.
  5. Tambahkan bahan perasa – gula dan garam secukupnya.
  6. Akhir sekali,masukkan telur yang direbus dan gaulkan sebati.
  7. Siap untuk dihidang bersama nasi putih.
(Visited 500 times, 1 visits today)