Resepi Sardine Kuah Pedas.. Teringat Ramadan Masa Kecil-Kecil Selalu Makan Time Puasa

Bahan-Bahan :

700 g ikan tuna 1/2 cawan tomato puree 1/2 cawan minyak masak 25 g bawang putih
* 80 g bawang merah
* 20 g halia
*(dikisar halus) Garam dan gula secukup rasa 2 1/2 cawan air 3-4 sudu besar cili kisar (cili kering direbus dulu dan dikisar) – ni maz tambah sendri, resipi asal xletak

Cara-Cara Memasak :

1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.

2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.

3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan.

4. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi “berdesir”, kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)…

5. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.

6. Hidangkan denga nasi panas atau dibuat sandwich.