Respon Padu Dari Ruhainies Apabila Dia Dikatakan Gedik Melampau Apabila Kekasihnya Suap Nasi Kandar Siap Bawa Pinggan Masuk Kereta Mewah

Rasa jatuh cinta sukar digambarkan mahu pun diucapkan dengan kata-kata. Siapa yang jatuh cinta akan sentiasa diusik perasaan. Semua menjadi indah dan membahagiakan. Namun mengalami cinta umpama bermain api. Jika tahu mengendalikannya, selamat diri. Jika tidak, terbakar hangus dan merana diri. Remaja dan belia bahkan yang sudah berumahtangga pun akan mengalami cinta. Semuanya kerana cinta tidak mengenal usia dan latar belakang. Cinta boleh terjadi bila-bila masa.

Kini sedang bahagia menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Mr E, pelakon Ruhainies dilihat semakin kerap berkongsikan momen romantik bersama kekasihnya di media sosial namun tidak didedahkan wajahnya.

Nampaknya, perkongsian terbaru pelakon itu sekali lagi menjadi perhatian netizen dimana kekasihnya sanggup membawa sepinggan nasi di dalam kereta dan menyuap Ruhainies makan.Seperti sudah dijangka perkongsian Ruhainies itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan Ruhainies manja tidak bertempat dan menyusahkan kekasihnya.

Tidak hanya berdiam diri, Ruhainies dilihat membalas komen negatif netizen dengan nada sindiran. Malah, Ruhainies turut menyifatkan netizen yang ‘bitter’ sebenarnya cumburu dengan kebahagiaan yang dipamerkannya.

Inilah lumrah bergelar selebriti, ada saja serba tak kena di mata netizen. Mungkin jika Ruhainies dan kekasih sudah bergelar suami isteri, tiada lagi kecaman netizen. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen tidak faham mengapa perlu mengecam perkongsian Ruhainies itu dan menjadikan ia sebagai isu sedangkan itu adalah hak peribadinya untuk makan di mana sahaja.

Bila hati sudah suka semua indah belaka moga betullah apa dirasa jangan termasuk jerangkap noda teguhkan iman di dada senantiasa berwaspada dunia penuh pancaroba elak petaka hindari nista kelak kecewa hati binasa jiwa merana jangan dilupa berlindung dari syaitan yang menggoda menyesatkan kita janjinya pada yang Esa.

Artikel Berkaitan   “Ia Jadi Pengjaran Buat Kami” Isu pH air… Ilya, Ropie Dan Ajak M0hon Maaf Secara Terbuka