Restoran Suami Nadya Shahera Terbakar Disebabkan Gas. Namun Melahirkan Syukur Kerana Tiada Kematian Jiwa

Restoran The Golok Cafe milik suami pelakon, Nadya Shahera dilaporkan terbakar sekitar pukul 10 malam semalam.

Nadia menerusi laman Instagramnya memberitahu punca kebakaran pada kedai yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam itu adalah disebabkan kebocoran gas.

“Alhamdulillah, semua orang yang berada di kafe selamat cuma ada seorang sahaja pekerja yang tercedera.

“Saya mewakili pihak suami dan kedai memohon maaf kepada semua pelanggan yang terlibat. Kami halalkan semua makanan yang dipesan,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu turut memohon agar urusan mereka dipermudahkan bagi proses baik pulih kedai dan perniagaan selepas ini. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan   [VIDEO] Viral Lelaki Ini Share Kucing Bercakap Sendiri Nak Minta Air Masa Dalam Kereta