Rihana Petra Dedah Kehidupan Dia Selepas Kahwin, Melalui Wawancara Eksklusif Bersama Suami

Selepas membuka akaun Instagramnya sendiri, Rihana Petra atau nama asalnya Oksana Voevodina sering berkongsi coretan mengenai kisah kehidupannya. Bahasa yang digunakan cukup jelas dan mudah difahami oleh pengikutnya.

Jika sebelum ini beliau pernah berkongsi mengenai detik pertemuan dengan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, terbaru Rihana berkongsi sedikit tentang rahsia peribadinya yang belum pernah didedahkan sebelum ini.

Pada tahun 2017, Rihana berpindah ke Kuala Lumpur dan selepas setahun kemudian dia bernikah dengan Sultan Muhammad V pada bulan Jun 2018. Dengan mengambil masa selama 5 bulan untuk membuat persiapan, pada 23 November 2018, majlis perkahwinan berlangsung dengan gilang-gemilang berkonsepkan gabungan tradisi Melayu dan Rusia di Dewan Barvikha di Moscow.

Sebenarnya, Rihana berkongsi perihal dirinya kepada pengikutnya bersempena hari kelahiran beliau pada hari ini 10 Julai 2019. Semoga Rihana dan keluarga barunya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezek serta dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin..

VIDEO PENUH:

Artikel Berkaitan   Tak puas hati disuruh cari kerja, remaja tetak ibu kandungnya