“Rindu Nak Baca Al-Quran” Bertatoo Penuh Di Badan, Berantai Di Tengkuk, Tapi Menangis Ketika Melantunkan Kalimah Allah

Sejahat-jahat mana pun manusia, tentu ada perasaan walau sekelumit keinginan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Ini kerana, pintu taubat sentiasa terbuka bagi sesiap sahaja yang benar-benar menginsafi diri.

Begitu juga anak-anak muda yang terjebak dengan gejala punk ini. Walaupun sering berimej kasar dan ganas serta kerap dikaitkan dengan segala masalah sosial, mereka sanggup menegenepikan rasa malu untuk mendalami ilmu agama.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, sekumpulan golongan punk dengan rela belajar mengaji Al-Quran bersama beberapa sukarelawan telah membuka hati netizen bahawa rupa paras tidak mencerminkan isi hati masing-masing.

Sesungguhnya tindakan para sukarelawan yang sudi menyantuni golongan ini wajar diberi pujian.

Tiada siapa pun di dunia ini sempurna. Sebagai hamba, kita disuruh sentiasa berusaha untuk berubah kerana Allah itu sentiasa menerima taubat hamba-Nya.

Artikel Berkaitan   Wanita Hampir Diperkosa, Anjing Datang Sebagai Penyelamat “Mana Satu Anjing Ni, Perompak Atau Anjing?”