Ringkas Tapi Lazat, Resepi Mi Kuah Kelantan Style

Sedapnya kalau sambil makan mi, dapat hirup kuahnya panas-panas, orang kata memang terbaik! Beribu resipi mi tapi kali ini jom cuba Mi Kuah Kelantan Style pula. Ringkas tapi yang pasti memang lazat.

Bahan-bahan Mi Kuah Kelantan Style:

Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar
Halia
(Semua bahan dikisar)

Kicap
Garam
Gula
Limau kasturi
Cili padi
(Tumbuk semua, sama macam buat sambal lain)
Bahan-bahan tambahan:

Lada hitam
Sayur-Sayuran (Ikut citarasa masing-masing)
Telur satu biji (kalau nak 2 pun boleh)
Ayam
Udang
Cara-cara:

Tumiskan bahan yang dikisar tadi.
Apabila bahan tumisan dah agak masak, masukkan lada hitam yang sudah ditumbuk halus.
Masukkan sedikit air
Masukkan sayur-sayuran yang ada. Biarkan mendidih.
Setelah mendidih masukkan ayam dan biarkan ia mendidih juga.
Masukkan telur (tak perlu kacau)
Masukkan udang yang dipotong halus
Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan mi kuning dan hidang panas-panas.
Tips: Nak lagi sedap dan manis boleh tambahkan daging dalam resipi ini. Selamat mencuba!

(Visited 105 times, 1 visits today)