Rombongan Musa Aman Dihalang Masuk Ke Istana Sabah

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman bersama rombongannya dihalang masuk ke laluan Istana Negeri Sabah, sebentar tadi.

Rombongan lebih 10 kenderaan mewah itu ditahan polis yang melakukan sekatan berhampiran Bulatan Nanas di Jalan Istana jam 3.50 petang.

Beberapa peguam kepada Musa dilihat cuba berunding dengan pegawai polis yang membuat sekatan.

Namun sehingga kini mereka tidak dapat melepasi sekatan berkenaan.

Terdahulu, Musa dalam sidang media di kediamannya di Luyang, hari ini, mengumumkan mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan dan mendakwa pembubaran DUN adalah tidak wajar.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   Baru Sebulan Berkahwin, Mereka “Honeymoon” Di Syurga. Pasangan Maut Dalam Kemalangan