Ruang Angkasa Gempar, 2 Satelit Nyaris Bertembung Bersama Gara-Gara Lama Tidak Digunakan

Washington: Dua satelit yang sudah tidak lagi digunakan nyaris bertembung.

Jurucakap agensi kerajaan Amerika Syarikat (AS) berkata, satelit berkenaan masing-masing adalah IRAS iaitu perintis dalam teleskop angkasa lepas antarabangsa dan GGSE-4, buatan eksperimen AS.

Menurutnya, kejadian itu berlaku 900 kilometer (km) di atas bandar Pittsburgh.

Pelanggaran antara satelit adalah jarang berlaku dan berbahaya.

Pada 2009, satelit komunikasi Iridium 33 melanggar satelit milik Russia Cosmos 2251, menyebabkan serpihannya bertaburan di ruang angkasa.

IRAS seberat satu tan, manakala GGSE-4 hanya seberat 85 kilogram.

Artikel Berkaitan   "Alhamdulillah. Kemenangan Bagi Lelaki Yang Tersakiti." Lelaki Ini Menang Saman Gara-Gara Bakal Isteri Batal Perkahwinan Saat Akhir