Sabah Bakal Miliki Stadium Baru Bernilai RM8 Juta Di Putatan

Wujudkan Stadium Untuk Pembangunan Sukan Di Putatan

Rancangan untuk mewujudkan sebuah stadium canggih untuk kemudahan dan pembangunan semua jenis sukan bagi rakyat di Putatan pastinya akan memberikan harapan gembira kepada warga daerah itu khususnya para belia.

Ahli Parlimen P.173 Putatan, Awang Husaini Datuk Sahari akan berusaha untuk mendapatkan peruntukan daripada pihak Kerajaan serta dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

“Saya berhasrat untuk turut mewujudkan pusat-pusat sukan kecil yang akan dibina di setiap kampung secara berperingkat serta menjalin hubungan yang erat dengan setiap persatuan sukan di daerah ini agar program sukan dapat di rangka dengan lebih baik.

“Bagi menghargai semangat para atlet yang telah bertungkus-lumus membuat yang terbaik serta membawa nama negeri, saya akan pastikan mereka diraikan dalam jamuan makan malam yang diadakan setiap tahun sebagai satu apresiasi seluruh warga Putatan kepada para atlet dan jurulatih yang telah membawa nama Sabah dan Parlimen Putatan ke persada Sukan Malaysia.

Nurul Tasha Abdul Rahman yang meraih pingat emas dalam sukan muaythai bawah 45 kg
Nurul Tasha Abdul Rahman yang meraih pingat emas dalam sukan muaythai bawah 45 kg

“Saya juga berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada industri sukan P173 agar Putatan akan dapat melahirkan ahli sukan bertaraf antarabangsa satu hari nanti,”ujarnya ketika dihubungi.

Husaini juga telah mengadakan Majlis Makan Malam Dan Penghargaan Atlet SUKMA Ke-19 Parlimen P.173 Putatan pada Sabtu lepas yang turut dihadiri seramai 13 orang atlet dari daerah itu.

Katanya, SUKMA Ke-19 yang telah berlangsung dari 11 hingga 22 September lalu di negeri Perak telah menunjukkan prestasi terbaik sepanjang penglibatan negeri Sabah di dalam Sukan Malaysia.

“Saya difahamkan kali ini kontinjen negeri Sabah telah berjaya meraih sebanyak 106 pingat iaitu 32 pingat Emas, 28 pingat Perak dan 46 pingat Gangsa.

“Saya dimaklumkan bahawa seramai 13 orang atlet dari kawasan Parlimen P.173 Putatan telah menyertai SUKMA Perak ke-19 ini. Sesungguhnya kejayaan mereka dalam temasya Sukan Malaysia kali ini telah menaikkan moral atlet-atlet yang ada di seluruh kawasan Parlimen Putatan.

“Dalam masa yang sama adalah penting untuk kita terus menghargai jasa semua jurulatih yang telah membantu kejayaan para atlet semua,”ujarnya.

Tambah Husaini, tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen yang telah diamanahkan adalah untuk terus memberikan sokongan kepada semua penggiat sukan yang ada di seluruh kawasan Parlimen.

Antara jemputan yang hadir
Antara jemputan yang hadir

“Saya yakin dengan komitmen semua persatuan sukan di seluruh kawasan Parlimen Putatan untuk melahirkan lebih banyak bakat-bakat baru dalam pelbagai sukan dan sekali gus akan menambahkan lagi jumlah penglibatan atlet-atlet daripada Parlimen P.173 Putatan dalam temasya SUKMA.

“Untuk rekod, sejak dahulu lagi ramai atlet yang telah berjaya dari kawasan Putatan yang telah berjaya menyinar di pelbagai peringkat.

“Penglibatan atlet-atlet semua di dalam arena sukan bukan sahaja telah membentuk imej mereka tersendiri di dalam pasukan, tetapi dalam masa yang sama telah membudayakan kehidupan yang sihat dalam kalangan semua atlet.

“Saya berharap agar lebih banyak pencapaian akan dapat dilakar oleh semua penggiat sukan yang ada di seluruh kawasan ini. Dari semasa ke semasa juga, saya akan berusaha membantu semua persatuan sukan yang ada untuk merancakkan lagi industri sukan di kawasan Parlimen P.173 Putatan,” katanya. – Malaysiaaktif

Putatan: The long aspiration of the people here to have their own sport stadium has finally been fulfilled following approval to build a district-level stadium costing RM8.8 million beginning next year.
Member of Parliament Awang Husaini Sahari (pic) said the Federal-funded project is among the development plan of his constituency approved under the Budget 2019 to be built at its existing site belonging to the Putatan District Council.

He said the upcoming project to be materialised with a holistic concept would be equipped with sport facilities such as track and field, football field, a gr4nd stand and tennis court, among others.

“Consultancy works on the project has begun and it will be tendered out early next year while the works would commence in May next year which we will regularly follow-up to be expedited because the site is already available.
“As for the completion of the project, it is expected to be completed in two years. In fact, this project is among my continuous efforts to meet the needs of the people here.

“It is also part and parcel of my slogan together with the local authorities here that has a new District Officer Hassan Mahali and new Executive Officer of Putatan District Council Said Ombok to transform,” he said, adding that a special committee would be set up to discuss and look into proposals and recommendations to develop Putatan, rapidly.

Speaking at a press conference at the Putatan District Council here, Monday, Awang Husaini said by having the better sport facility, the local communities here would no longer have to conduct sport activities and championships at the Penampang Sport Complex.

“I am thankful to the new Federal Government for approving the essential project which is needed by the people for sports and recreational activities.
“As for the existing grand stand at the site, I will wait for recommendation from the project’s consultancy whether it should be demolished or upgraded,” he said.

On the proposal to build a hospital here, Awang Husaini said the Health Ministry does not encourage such health facility to be set up here as the distance to the government hospitals in Kota Kinabalu is very near.

However, he said the ministry agreed to consider opening up another health clinic in Petagas similar to that in Pasir Putatan, here that is congested with patients seeking medical services.

On rubbish problem here, including uncollected solid waste, Awang Husaini said the local authorities is in the midst of looking into agreement documents with a private company responsible for rubbish collection and waste management in the district.
He said he has asked the Putatan District Council (PDC) to scrutinise the agreement including whether the private company comply with terms and conditions as stated in the sealed agreement or not.

“We will review the agreement with the private company that was sealed in September, last year.

“PDC will study on the rubbish issue by assessing the performance of the private company,” he said. – Hayati Dzulkifli

(Visited 12 times, 1 visits today)

Add Comment