Sah May*t Gadis Berkulit Putih Yang Dijumpai Adalah May*t Nora Anne. Inilah Ucapan Ibunya Sangat Meruntun Hati

Nora Anne sentiasa ada dalam hati kami,” demikian kata keluarga Nora Anne Quoirin dalam satu laman sosial Facebook yang dikeluarkan hari ini.

Melalui Lucie Blackman Trust, sebuah perbadanan amal yang menguruskan hal ehwal berkaitan media untuk keluarga mangsa keluarga Nora Anne menyifatkan kehilangan anaknya itu amat memberi kesan.

“Nora sentiasa di hati kami sekeluarga. Dia gadis istimewa dan kami amat menyayanginya sepenuh hati. Kami sangat terkesan dengan pemergiannya. Hati kami luluh.

“Kami akan sentiasa menyayangi Nora,” tambah  kenyataan itu.

Keluarga remaja Ireland itu turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat kerana berusaha sehabis baik mencari anak mereka.

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk setempat kerana turut sama membantu, selain doa dan sokongan daripada orang ramai.

“Nora Anne berjaya menyatukan Perancis, Ireland, Britain dan negara ini dalam misi mencarinya secara bersama serta memberi sokongan dan kasih sayang kepadanya, kata kenyataan itu lagi.

Semalam mayat Nora Anne dijumpai selepas hilang selama 10 hari dari sebuah resort yang didiami oleh keluarga berkenaan untuk bercuti.

Mayat gadis itu dijumpai oleh sukarelawan berdekatan lurah sungai 2.5 kilometer dari tempat remaja itu hilang. – K! ONLINE

(Visited 658 times, 1 visits today)