Saintis Terkejut Menemui Benda Misteri Di Permukaan Bulan, Rupanya Seperti Gel

Penjelajahan oleh agensi angkasa lepas China mendedahkan bahawa mereka telah menemui objek seakan-akan gel di permukaan bulan.

Penemuan yang baru didedahkan kepada umum itu dikatakan telah ditemui pada Januari 2019, selepas kenderaan angkasa yang dinamakan Yutu-2 memantau permukaan bulan dan menemui objek kecil yang mempunyai warna berbeza.

Saintis yang menemui objek tersebut memberitahu, bahan aneh itu menyerupai gel dan mempunyai warna ganjil.

Menurut penyelidik lain, bahan tersebut mungkin adalah kaca air yang berasal daripada meteorit yang melanggar permukaan bulan.

Namun masih tiada pengesahan rasmi tentang objek misteri ini daripada agensi angkasa dan saintis yang menjalankan penyelidikan.

Sumber: Independent

Artikel Berkaitan   Subhanallah! Inilah 12 Wajah Manusia Di Padang Mahsyar Nanti. Semoga Kita Tidak Tergolong Salah Satu Daripadanya Nanti.