“Sajat Tak Peduli,” Nekad Mahu Tunai Umrah Setiap Tahun

Penyanyi dan usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat bernekad mahu menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah setiap tahun.

Biarpun dikecam, pemilik nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman itu tidak terkesan malah memasang impian mahu membawa lebih ramai jemaah bersamanya.

“Apa yang boleh saya katakan saya cukup tenang di sana (umrah). Memang saya sudah berniat dari tahun ke tahun untuk ke sana lagi.

Sementara itu, Sajat turut berkongsi pengalamannya menunaikan ibadah umrah tanpa sebarang gangguan.

“Saya tidak tahu mereka yang mengambil gambar saya itu, tidak fokus kepada ibadah ke, maafkan saya tetapi itu yang terdetik ketila melihat gambar-gambar saya.

“Apapun saya bersyukur dapat menunaikan ibadah walaupun ini kali pertama,” tambahnya.

Sajat mencetuskan kontroversi apabila memakai telekung dan purdah ketika mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.