Saksi Menyaksikan Dengan Matakepala Sendiri Mayat Terapung Daripada Thailand Ke Malaysia Melalui Sungai Ini

Mayat seorang lelaki warga Myanmar ditemui tersangkut pada sebatang tunggul kayu di pangkalan haram Pak Ali, Bakong, di sini semalam.

Mayat lelaki berusia 20 tahun yang dikenali sebagai Ko Latt ditemui pada pukul 11 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Ismail Jusoh berkata, pemeriksaan lanjut ke atas mayat mendapati tiada sebarang kecederaan atau unsur jenayah.

Menurutnya, hasil bedah siasat mengesahkan kematian itu berpunca daripada lemas.

“Kira-kira pukul 9.45 pagi anggota saya yang bertugas di Balai Polis Jeram Perdah, Rantau Panjang menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan telah menemui mayat seorang lelaki.

“Saksi memberitahu mayat itu telah ditemui terapung di dalam sungai Golok sebelah negara Thailand,” katanya.

Katanya, bagaimanapun  mayat itu kemudian telah dibawa arus sungai menuju ke arah Kubang Pak Hitam, Bakong.

“Pada pukul 11 pagi, mayat lelaki itu ditemui telah tersangkut pada tunggul kayu di tepi tebing sungai Pengkalan Pak Ali, Bakong,” ujarnya. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan   Pengantin Wanita Batalkan Perkahwinan Dengan Bakal Suami Lepas Gagal Hafal Sifir Dua