Salman Khan Hampir Dibunuh Oleh Pembunuh Upahan Yang Berjaya Ditahan, Strateginya Berjaya Dibongkar Polis

Aktor popular Bollywood, Salman Khan dilaporkan hampir ditembak oleh kumpulan penembak tepat, Lawrence Bishnoi yang merancang untuk membunuh pelakon tersebut.

Memetik laporan Filmfare, seorang daripada ahli kumpulan itu yang dikenali sebagai Rahul telah ditahan polis selepas didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penduduk Faridabad, India.

Ketika proses siasatan, Rahul mendedahkan dia juga merancang untuk membunuh Salman Khan dan telah pergi ke kawasan kediaman aktor itu pada sekitar Januari lalu untuk membuat tinjauan.

“Berdasarkan siasatan, Rahul mendedahkan dia telah pergi ke kawasan kediaman Salman pada Januari lalu untuk tujuan memantau sebelum membunuh pelakon itu.

“Dia berada di kawasan itu selama dua hari, tindakan itu merupakan arahan dari pihak Bishnoi dan seorang lagi anggota kumpulan terbabit,” kata pegawai perhubungan awam Balai Polis Faridabad, Sube Singh.

Walaubagaimanapun, rancangan membunuh Salman Khan itu tidak berjaya. Difahamkan, Rahul dihadapkan ke mahkamah dan akan menjalani siasatan lanjut.

kredit gempak

Artikel Berkaitan   Buat Ugutan Melalui Media Social Kepada Lim Guan Eng, Seorang Kontraktor Dijatuhkan Hukuman