Salute! Tanpa Disedari Mufti Arah 3 Imam Turun Bukit Jalil Ketuai Solat & Doa Buat Harimau Malaya

Bahang perlawanan bola sepak di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari dilihat masih terasa bahangnya. Kemenangan yang dicatatkan oleh pasukan Malaysia benar-benar memberi semangat luar biasa kepada pemain dan juga penyokong untuk mengharungi perlawanan seterusnya.

Dalam kemeriahan perlawanan antara pasukan Malaysia dan Thailand tempoh hari, tanggungjawab kepada Maha Pencipta nyata tidak dilupakan.

Menerusi laporan daripada Mstar Online, tiga orang imam ditugaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk mengetuai solat Isyak di stadium keramat itu.

Menurut Mufti Wilayah di Twitternya, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tiga imam tersebut juga sedia membantu ‘ekor Harimau Malaya’ mengenai kemusykilan tentang fiqh musafir. Ketiga-tiga imam tersebut adalah Ustaz Ridzuan, Ustaz Ashraf dan Ustaz Anas.

Ustaz Ridzuan berkata kepada Mstar, beliau telah menggunakan pengangkutan awam dari Putrajaya menuju ke Bukit Jalil. Sesampainya di sana dia terus menunaikan solat maghrib yang ketika itu diimamkan oleh seorang pemuda.

Melalui pemerhatian mereka, surau yang terdapat di sekitar LRT Bukit Jalil dan stadium dipenuhi oleh orang awam terutamanya orang muda.

Tambahnya, kira-kira 200 orang memasuki surau tersebut dalam satu-satu masa dan perkara itu berlanjutan sehingga mereka selesai menunaikan tanggjungjawab sebagai umat Islam.

Ustaz Ridzuan juga memberitahu bahawa para penyokong Harimau Malaya dilihat memenuhi sekitar stadium untuk menunaikan solat secara berjemaah dan fenomena tersebut begitu menyejukkan hati.

Penyelidik di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan itu turut memberitahu bahawa ini adalah kali kedua beliau mengimamkan solat Isyak dan seterusnya menonton perlawanan Pasukan Malaysia di stadium Bukit Jalil setelah final piala AFF 2018 di venue yang sama.

Jelasnya, bukan sahaja penyokong Harimau Melaya yang sama-sama berjemaah dan mendoakan kesejahteraan perlawanan tersebut, malahan pemain-pemain juga turut sama berjemaah.

Artikel Berkaitan   Terdegar Ura-Ura Isteri Ada Hubungan Dengan Adik Ipar, Lelaki Ini Terus Memukul Isterinya Dengan Kayu Besbol

Perlawanan saringan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Thailand tempoh hari telah memeprlihatkan Malaysia memenangi dengan jaringan 2-1.

Persembahan cantik Malaysia telah membuatkan para pemain dan juga penyokong berpuas hati dan menjadi tonik terbaik mereka menentang Indonesia selasa depan.

Sumber : mStar OnlineDr. Zulkifli Mohamad al-Bakri