Sangat Rugi! 4 Perkara Sunat Yang Ramai Pengantin Tidak Lakukan Padahal Ia Pahala Yang Mudah Dapat

Mendirikan rumah tangga dan menghalalkan satu hubungan bersama pasangan pilihan hati adalah fitrah manusia.

Ini empat perkara sunat dilakukan selepas akad nikah.

  1. Solat sunat selepas akad nikah

Lafaz Niat: “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”

Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama: Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun.

Rakaat kedua: Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas.Membaca doa selepas salam.

  1. Sujud syukur

Lafaz Niat: ” sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala”

Takbiratul ihram iaitu mengangkat tangan sebagaimana takbir dalam solat.

Sujud sebanyak 1 kali. Membaca doa seperti yang biasa dibacakan dalam solat. Memberi salam.

  1. Suami letakkan tapak tangan di ubun-ubun isteri sambil membaca doa

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.”

Riwayat Abu Daud

  1. Isteri bersalaman dengan suami dan mengucap 2 kalimah syahadah

Akhir sekali, ini perkara sunat kepada si isteri untuk bersalaman sambil mencium tangan si suami sambil mengucapkan dua kalimah syahadah. Ini sebagai tanda hormat dan kasih sayang kepada suami iaitu ketua keluarga.

Sumber: wedpedia.my

Artikel Berkaitan   TNB Kongsi 7 Cara Untuk Jimat Elektrik Yang Menggunakan AIRCOND, Kompom BIL Eletrik Anda Turun Lepas NI!