Sanggup tayang seluar dalam Versace, netizen hentam Aliff Syukri tak hormat hari Jumaat

Kita serba maklum dengan kekayaan yang dimiliki usahawan terkenal Dato’ Aliff Syukri, justeru pasti ramai yang ingin mengetahui gaya hidup sebagai seorang jutawan termasuk hal yang paling peribadi.

Baru-baru ini, usahawan tersebut sekali lagi mencetuskan buah mulut orang ramai apabila dia dengan bersahaja telah memuat naik foto seluar dalamnya yang berjenama di Instagram.

Ramai yang suruh saya tunjuk spender apa saya pakai
Menurut usahawan sensasi tersebut, dia berkongsi foto seluar dalam berjenama Versace, berwarna biru itu adalah disebabkan permintaan orang ramai yang teringin mengetahui jenama seluar dalam yang dipakainya.

Dulu pakai spender 3 RM10
Aliff berkata, jika dulu dia hanya memakai seluar dalam murah, namun berkat hasil usahanya dalam bidang perniagaan telah membolehkan dia memiliki barangan berjenama termasuklah seluar dalam Versace ini yang sejuk dan selesa.

Giler ko spender pun nak tunjuk…
Muat naik foto tersebut telah mengundang pelbagai reaksi ramai, malah sehingga kini sudah lebih 4 ribu komen, rata-ratanya tidak menyangka usahawan tersebut sanggup menayangkan seluar dalam mahalnya itu.


Siapa la yang minta Dato tunjuk spender ni?

Serius laa, spender pun nak riak…

Jumaat kot Dato, takkan upload gambar spender

Artikel Berkaitan   “Meniaga Apa Bang Garang-Garang Ni?” Peniaga Sibuk Buktikan Keberkesanan Produk Sampai Tak Sedar Ada Tangan Panjang Merembat