Satu Keluarga Aaron Aziz Masuk Hospital Setlah Berkunjung Ke Negara Jiran, Ramai Yang Melahirkan Sokongannya

PELAKON Datuk Aaron Aziz serta isteri, Diyana Halik dan anak bongsu mereka iaitu Dahlia Arissa, 9, dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara akibat keracunan makanan, semalam.

Menerusi Instagram (IG) Story milik Diyana Halik, dia bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan walaupun sakit.

“Alhamdulillah, thank you (terima kasih) Allah, walaupun sakit tapi dipermudahkan. Walaupun sakit, dapat treatment (rawatan), dapat ubat semua,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi IG Story milik Dahlia, sejam lalu, dia memuatnaik gambarnya berserta kapsyen menyatakan akan keluar hospital hari ini.

“Akan discaj hari ini,” tulisnya ringkas.

Menerusi gambar yang dimuat naik dua hari lalu di IG milik Aaron, mereka sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan pembantu rumah mereka di Cirebon, Indonesia.

Artikel Berkaitan   Kalau Nak Rumah Tangga Bahagia Anda Perlu Ikut 7 Rahsia Rumah Tangga, Ramai Yang Dah Amalkannya